Certot

Puasa Yang Bermakna

Hasil nukilan Mira 4 years agoFiksyen 3

Saya Munirah. Secara jujurnya saya tak pernah berpuasa dengan ayah saya sendiri.

Ayah saya seorang doktor yang terkenal. Tetapi Dia terlampau sibuk dengan kerjayanya. Nasib baik nenek saya masih tinggal di rumah kami.

Mak saya dah bercerai. Mak telah kahwin baru. Mak pun macam ayah.

Saya benci ayah. Ayah kerja dua puluh empat jam. Ayah tak hiraukan saya lagi.

Saya cemburu dengan Seri.Walaupun  Seri hanya orang biasa, tetapi keluarga dia sangat bahagia.

Di sekolah, saya dan Seri telah berbincang untuk membuat kerja sekolah di rumah Seri. Saya lihat mak ayah Seri bahagia je.

Bulan puasa telah tiba. Kali ini nenek tak ada, nenek terpaksa balik kampung kerana ada hal. Nampaknya saya akan puasa seorang diri saje tahun ni. Yelah ayah mesti balik tengah malam punya.

Tetapi buat pertama kalinya ayah balik awal.

“Ayah dah habis kerja ke?” tanya saya.

“Ya, hari ni kerja ayah sedikit saja tu yang cepat balik tu,” jawab ayah.

Sejak hari itu, saya dan ayah semakin rapat. Ayah juga dah berubah dia sekarang ada masa dengan saya.

Ayah membelikan saya sebuah balang yang dipenuhi bintang bintang yang diperbuat daripada kertas yang berwarna-warni. Ayah kata nanti apabila ayah tak ada tengoklah bintang tu. Dalam balang tu ada beribu-ribu bintang. Bintang tu menunjukkan satu per satu kasih yang ayah curahkan.

Allah lebih sayangkan ayah. Ayah meninggal ketika mahu ke hospital. Kawan ayah beritahu saya bahawa ayah menghidap penyakit jantung. Ayah tak pernah beritahu pada saya. Ayah memendam semua kesakitan.

Ayah masih tersenyum apabila dia kesakitan. Ketika saya sakit ayah lebih risaukan saya. Padahal dia tahu bahawa dia lebih terseksa.

“Ayah, saya sayangkan ayah. Saya doakan ayah bahagia di sana.”

Inilah puasa yang bermakna bagi saya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: