Certot

Project SIS Cuti Ini

Hasil nukilan balqis qarirah 7 years agoKembara

Sis Siti, Diana, Leen, dan Fifi yang kebiasaanya riuh di hujung minggu ini hari ini hanya menyibukkan diri dengan pelbagai kerja. Sebaliknya, Diana yang sudah menyiapkan kerja hanya termenung di  ruang tamu sedang memikirkan sesuatu. 

“Mmm… cuti ini takkan duduk rumah sahaja.” Diana mengeluh panjang. 

Tiba-tiba Siti menyergahnya. “Ha! Termenung sahaja,” ujar Siti.

“Ish! Kau ini! Aku tengah fikir ke mana kita mahu pergi bercuti,” jelas Diana.

“Ala… apa susah, kita pergilah ke Kelantan,” jawab Siti.

“Betul juga itu. Kita pergi Kelantan dengan Terengganu, mahu?” rancang Diana.

“Emm… bolehla. Tetapi bila?” tanya Siti.

“Dari Jumaat tengah hari ini sehingga Rabu minggu depan. Okey?” ujar Diana.

“Okey! Nanti aku beritahu Leen dan Fifi,” balas Siti.

“Mmm…,” jawab Diana sambil mengangguk-angguk sahaja.

                  *****

Siti pergi ke bilik Leen dan Fifi untuk memberitahu tentang perancangan pada cuti sekolah minggu hadapan.

“Leen! Fifi! Mahu ikut pergi Kelantan dan Terengganu cuti ini dari Jumaat sehingga Rabu minggu depan?” tanya Siti.

“Mahu!” ujar Leen dan Fifi.

“Tetapi, kita mahu pergi ke mana?” tanya Fifi.

“Kita ikut sahaja si Diana tu nanti.”

“Okey,” jawab Fifi.

                                    *****

Pada Jumaat pagi lagi mereka telah bersiap-siap untuk bercuti. Mereka akan berangkat ke sana selepas waktu zohor.

“Okey! Semua dah siap?” tanya Diana.

“Sudah,” jawab Fifi, Siti, dan Leen.

“Kalau sudah, buat apa lagi korang tercegat di situ?” marah Diana.

“Okey. Okey, Diana ini pun, tidak perlulah mahu marah-marah. Kita kan mahu pergi bercuti,” ujar Siti.

“Kalau lambat-lambat, bila mahu sampainya? Kalau lambat, siapa yang mahu duduk di highway itu lama-lama? Lambat nanti,  jem pula highway itu!” Diana membalas.

“Buat tidak tahu sahaja dengan Siti itu, Diana,” kata Leen yang hanya berdiam diri sahaja sejak awal pagi tadi.

 *****

Diana membuka radio tatkala rakan-rakannya melayan telefon masing-masing.

“Marilah kita melawat ke Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor! Semua negeri ni hanya terletak di Semenanjung negara kita!”

Diana teringat suasana di Kelantan dan Terengganu itu. Sangat cantik dan menyamankan. Diana sudah tidak sabar-sabar untuk tiba di Kelantan. 

*****

Setelah dua jam berlalu, mereka tiba di Gua Musang. Sebelum mereka ke destinasi pertama, mereka berhenti di Medan Makan Gua Musang. Maklumlah, perut sudah beberapa kali berkeroncong. Destinasi pertama mereka yang dirancang oleh Diana adalah Air Terjun Jelawang. Diana yang kononnya dikatakan ketua group SIS menyediakan makanan. Makanan yang dikatakan istimewa itu adalah maggi udang. Walaupun dari luarannya kelihatan seperti biasa sahaja, tetapi dalamnya sungguh enak. Maggi udangnya dijamu dengan penuh berselera.

Suasana yang mendamaikan dan persekitaran yang bersih itu membuatkan mereka bermandi-manda di situ selama satu jam. Setelah  itu, ereka terus beredar dari air terjun itu untuk destinasi yang kedua. 

*****

Setelah sehari berlalu, mereka tiba ke destinasi yang kedua iaitu Pantai Bukit Keluang, Terengganu pada jam 7.54 minit pagi. Mereka akan berkhemah di situ selama dua hari satu malam. Pada pagi itu, mereka bermain membina istana pasir tercantik di tepi pantai.

Kelihatan Diana bertungkus-lumus membina istana pasir tercantik.. Ia benar-benar diletakkan di tepi ombak yang datang dan pergi. Ada kalanya istana Diana runtuh beberapa kali. Tetapi rakan-rakannya hanya mentertawakannya. Katanya ingin istana yang menghadap laut.

                                 ****** 

Keesokannya, mereka bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berdekatan. Setelah pulang semula, mereka mengemaskan barang-barang untuk ke destinasi terakhir iaitu Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Katanya saja ingin melihat keindahan pantai dengan pasir pantai yang memutih.Mereka menetap di situ selama tiga hari dua malam di Primula Beach Resort. 

Di hari yang terakhir pada jam 2.30, mereka pulang ke Putrajaya. Setibanya di Putrajaya, mereka  upload semua gambar di blog ‘’PROJECT SIS’’. Itulah kenangan terindah mereka.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: