Tahun ini, aku menduduki peperiksaan UPSR. Tidak mungkin aku akan lulus kerana aku seorang yang malas dan nakal. Setiap peperiksaan yang aku duduki, satu pun aku tidak lulus, apatah lagi UPSR.
Setiap kali peperiksaan, aku akan meniru kawan-kawanku yang berdekatan denganku. Setiap kali aku meniru, mesti ditangkap oleh pengawas yang bertugas. Walaupun aku orang berada, tetapi aku tidak pernah mengumpat kawan-kawanku yang serba kekurangan.
Pada suatu hari, aku balik dari sekolah dengan muka yang bengis. Mukaku begitu kerana satu bulan lagi UPSR akan dijalankan. Sampai di rumah dengan menaiki bas, aku terus keluar daripada pintu bas. Tiba-tiba kakak saudaraku menangis teresak-esak. Aku tidak mengetahui mengapa kakak saudaraku begitu.
Aku bertanya kepada kakak saudaraku atau digelar kak Pina. “KMengapa Kak Pina bersedih?”
Kak pina pun menjawab, “Kak Pina bukan bersedih, Kak Pina kasihan tengok Ijan yang sudah kehilangan emak.”
Aku bagaikan tidak percaya mengapaboleh jadi begitu. Aku baru tersenyum tawa di sekolah, tetapi sampai sahaja di rumah aku mula sedih.
“Ya Allah, beratnya dugaan Mu kepadaku. Aku tahu dosaku berlipat kali ganda. Tetapi jangan beri dugaan sebegini, ya Allah.” Aku menangis teresak-esak.
*****
Selepas beberapa hari, aku baru mengetahui mengapa dugaan seberat itu diberikan kepadaku. ‘Rupa-rupanya Allah mahu aku berubah,’ kata perit hatiku.
Selepas kejadian itu, aku mahu berubah demi kebaikan pada ibuku. Aku pun berubah. Walaupun perubahan aku tidak banyak daripada dahulu, tetapi itu sudah dikira Bagus.
Tibalah hari yang dinanti-natikan. Aku sedang berada di dewan yang sungguh luas dan dipenuhi semua pelajar termasuklah pengawas-pengawas yang bertugas. Bagiku soalannya sungguh senang berbanding sebelum ini. Aku hanya fokus kepada peperiksaan sahaja dan tidak berfikir negatif.
*****
Hari ini aku gementar kerana keputusan akan diberitahu pada hari ini. Ayahku, nenekku, dan saudara mara yang berdekatan datang untuk mengetahui keputusanku. Alhamdulillah, aku mendapat 5A. Ini semua demi kebaikan ibuku.