Certot

Pengembaraan Seorang Ibu

Hasil nukilan I-man 6 years agoSuperhero

         

Pada tiga puluh satu hari bulan tiga 2012 di syria….

“Uwwaaa!” Kedengaran tangisan seorang bayi lelaki yang bermuka comel dan berkulit putih. 

“Puan dapat anak lelaki yang comel!” kata seorang doktor kepada Puan Rahimah yang sedang kesakitan di hospital.

“Comelnya anak emak. Nanti bila kamu besar kamu mesti jadi pendakwah yang berhati mulia, ya,” kata Puan Rahimah dengan lemah kepada bayinya itu. Selepas bayi itu mendengar suara emaknya itu, dia pun tidur.

*****

Selepas sebulan, Encik Hafiz iaitu ayah kepada bayi itu pun membawa Puan Pahimah dan anaknya pulang ke rumah. Di rumah itu.

“Nama apa yang sesuai untuk diberi kepada anak kita?” tanya Encik Hafiz kepada Puan Rahimah yang sedang berbaring di atas katilnya itu.

“Manalah saya tahu mahu beri nama apa,” balas Puan Rahimah pula.

Selepas empat minit berfikir, Puan Rahimah pun mendapat idea lalu berkata, “Apa kata kita beri nama dia Ilham?”

Encik Hafiz pun setuju dengan cadangan Puan Rahimah itu. Ilham terjaga kerana mahukan susu.

*****

Empat tahun kemudian….

“Apa? Betulkah awak akan berperang?” kata puan Rahimah kepada Encik Hafiz.

Encik Hafiz membalas, “Ya! Akhirnya selepas bertahun-tahun saya tunggu untuk berjuang di jalan yang lurus.”

Tiba-tiba muncul Ilham yang sedang berjalan ke arah Encik Hafiz dan Puan Rahimah yang sedang berbincang.

“Apa yang emak dan ayah sedang bincang?”

“Emak sedang bincang berkenaan kerja ayah,” jawab puan Rahimah sambil menunjukkan borang itu.

“Oh…,” kata Ilham ringkas lalu dia pun pergi bermain di biliknya.

*****

Selepas beberapa hari kemudian….

“Ilham!” panggil Puan Rahimah.

Ilham pun muncul.  “Ada apa, emak?”

“Kita perlu pergi dari sini untuk menyelamat kan diri!” jawab Puan Rahimah.

“Bagaimana dengan ayah?” tanya Ilham l.

Puan Rahimah menunjukkan satu surat khabar kepada Ilham. Ilham pun membaca surat khabar itu. Dia terkejut kerana ayahnya telah berkorban untuk tanah yang tercinta ini. Ilham menangis terkenangkan ayahnya.

Selepas itu, mereka larikan diri dari Syria dan berhijrah ke malaysia. Mereka menaiki kapal yang agak sederhana besarnya untuk larikan diri ke Malaysia.

*****

Selepas beberapa hari mereka berlayar, tiba-tiba ombak besar keluar. Air mula bergelora, kilat menyambar-nyambar dan kapal bergegar seperti kapal layar mainan yang hanyut di pantai. Semua penumpang kapal berdoa kepada Allah supaya mereka semua selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Selepas beberapa jam berlayar, mereka terkejut air lauthampir memasuki kapal kerana terlebih muatan. Mereka perlu berbuat sesuatu supaya kapal tidak ditenggelami air.

“Baiklah, apa kata kita undi seseorang untuk keluar dari kapal ini dan bawa hala tuju sendiri menggunakan sampan? Kapal ini akan menjadi lebih ringan,” kata seorang penunmpangkapal.

Kesemua penumpang buat keputusan untuk mengundi. Ketua kapal mengambil kertas di dalam baldi yang mempunyai nama setiap orang .

“Rahimah binti Haji Zulkifli.” Nama Puan Rahimah dipanggil oleh ketua kapal.

Seseorang berkata, “Ini tidak betul! Dia hanya seorang gadis!”

Semua penumpang berkata, “Lagi sekali!”

Ketua kapal itu pun mengundi semula.  Nama puan Rahimah disebut lagi.

Kesemua mereka melihat Puan Rahimah seakan-akan tidak percaya.

“Tidak perlu ulanginya lagi. Saya akan pergi bersama anak saya.” Selepas itu, dia mengambil sampan yang sudah usang lalu pergi dari kapal itu bersama Ilham.

******

Langit bertukar cerah seperti warna air. Selepas beberapa jam, mereka berdua terdampar di sebuah pulau.

Puan Rahimah berkata, “Allhamdulillah.”

Selepas itu mereka pun bermalam di situ selama lima hari. 

“Ilham, tolong ambilkan kelapa! Emak mahu buka!” arah Puan Rahimah kepada Ilham.

Tiba-tiba muncul satu helikopter yang sedang terbang menuju ke pulau.

“Emak, tolong! Ada helikopter kejar Ilham!” kata Ilham sambil berlari ke arah Puan Rahimah.

Selepas itu, helikopter itu pun mendarat. Seorang lelaki yang memakai T-shirt hitam dan berseluar coklat cair keluar dari helikopter. Dia berjalan ke arah mereka berdua.

“Jangan takut. Saya datang untuk membawa awak berdua balik ke rumah tuan saya. iIni adalah arahan tuan saya.”

Ilham berkata, “Emak, bahasa apa yang dia cakap?”

Melihat tiada respons daripada mereka berdua, lelaki itu berkata dalam bahasa Inggeris pula. “Don’t worry. I don’t want to wounding you. I have given instructions to take you to house of my master.”

Puan Rahimah berbisik kepada Ilham, “Kamu tunggu di sini, biar emak yang pergi.”

Lantas puan Rahimah pun bangun. “Thank you very much. My name is Rahimah and he is my son, Ilham. I am from syria.”

Lelaki itu membalas, “My name is Ahmad, I live in kelantan. Let’s go to my master home!”

Selepas itu mereka bertiga masuk ke dalam helikopter, lalu pergi dari pulau tersebut.

*****

Selepas lima jam, mereka pun sampai ke sebuah rumah banglo tiga tingkat.

“Wow! Your master’s house very clean and beautiful,” kata Puan Rahimah kepada Ahmad.

“Thank you,” balas Ahmad dengan tersenyum.

Mereka pun bermalam di situ selama empat hari.

“Ahmad I want to go to market, do you want to go with me?” soal Puan Rahimah.

“I have a job, you better go alone,” balas Ahmad semula.

Puan Rahimah dan Ilham pun pergi ke sebuah Pasar Raya Borong Bulan. Puan Rahimah dan Ilham terkejut kerana mereka tidak pernah melihat pasar raya sebesar ini. Mereka mengambil troli lalu mencari barang-barang yang sudah habis. Dengan tidak sengaja, Ilham tertolak sebuah rak almari yang sedang dipamerkan. Rak almari di sebelahnya pula jatuh satu per satu. Seorang petugas dihempap oleh satu almari itu.

“Masya Allah!” kata Puan Rahimah lalu dia menolong mengangkat almari itu.

Petugas itu pun memarahinya kerana menjatuhkan almari itu. “Mengapa kamu jatuhkan almari ini? Tengok ini, sudah patah!”

Mereka mengundurkan diri dan balik ke rumah banglo itu semula.

“Do you get what do you want?” kata Ahmad kepada Puan Rahimah

“No!” balas Puan Rahimah. Selepas itu, dia pun masuk ke dalam biliknya dan terus tidur.

*****

Tiba-tiba dia hilang di sebuah taman yang sangat cantik. Muncul satu suara aneh

“Emak! Tolong Ilham!”

Muncul satu lagi suara aneh. “Hahaha!”

Tiba-tiba dari semua arah keluar suara gelakan aneh itu.

Puan Rahimah memejamkan matanya kerana tidak mahu melihat apa yang terjadi. Dia membuka matanya dan melihat dirinya sedang baring. Dia pun bangun dan mengejutkan Ilham untuk solat subuh.

Pukul 12.00 tengah hari, mereka bertolak ke Pasar Raya Borong Bulan itu semula. Selepas lima minit membeli-belah, Puan Rahimah ternampak seorang pak cik tua berbaju petak-petak dan berseluar jean hitam. Umurnya didalam lingkungan 60-an dan berjalan menggunakan tongkat di sebuah kedai komputer. Tiba-tiba sebuah komputer terjatuh dari sebuah almari yang tinggi lebih kurang dua meter.

Selepas itu dengan sepantas kilat Puan Rahimah melepaskan tangan Ilham lalu memecut selaju mungkin. Dia menolak pak cik itu sebelum komputer terjatuh. Pak cik itu terkejut seperti orang sakit jantung apabila melihat komputer itu jatuh dengan teruk.

Tiba-tiba Ilham terlihat sebuah kedai mainan. Dia pun berfikir “Mahu atau tidak? Kalau pergi nanti emak cari saya pula. Pergi sahajalah, nanti pandai-pandailah emak cari saya!” Dia pun pergi ke arah kedai itu.

Tanpa disedari seorang pemuda lelaki yang berpakaian T-shirt dan berseluar jean biru gelap mengikuti Ilham secara senyap-senyap. Selepas Ilham sudah pergi jauh daripada emaknya, pemuda itu pun menangkap Ilham tanpa disedari orang ramai.

*****

Puan Rahimah pun pergi ke tempat anaknya ditinggalkan. Dia terkejut dengan kehilangan anaknya. Dia pun pergi ke kaunter untuk bertanya, “Did you see my son? He wearing blue t-shirt and brown jeans!”

“I see he with a man,” kata pekerja itu.

Rahimah berkata, “What are you serius!? His father already die!” Selepas itu, dia pergi ke keretanya bagi mengesan anaknya itu.

Nasib baiklah sebelum sampai ke pasar raya, Puan Rahimah sempat menyuruh Ilham memakai alat pengesan kerana takut tersesat.

Selepas dapat mengesan Ilham dengan alat pengesan, dia membawa keretanya untuk mengejar kereta pemuda yang menculik anaknya itu.

Disebabkan pemuda itu sudah lama bergerak, Puan Rahimah pun memanggil polis mengikut telefon bimbitnya bagi menangkap pemuda itu. Dia pun memecut keretanya dengan kelajuan 60 km sejam. Dia melalui satu jalan paling singkat bagi mengejar pemuda itu. Dia mendekati kereta pemuda itu, tetapi pemuda itu memecut keretanya dengan kelajuan 100 km sejam.

Selepas itu, Puan Rahimah pun menghentikan keretanya. Tiba-tiba muncul beberapa kereta polis datang dari arah lain lalu menutup jalan. Pemuda itu menghentikan keretanya. Polis menangkap pemuda itu lalu Ilham berlari ke arah puan Rahimah sambil menangis dan meminta ampun. Selepas itu, mereka balik ke rumah.

*****

Ahmad berkata, “Do you get what do you want?”

Puan Rahimah menjawab, “Not again!”

Ahmad berkata lagi, “Oh yes! I forgot to bring you to meet my master. He want I bring you to this house.”

Selepas itu, Ahmad membawa mereka berdua ke dalam keretanya bagi membawa mereka ke rumah tuannya.

Mereka menaiki tangga dan menaiki tingkat teratas. Ahmad mengetuk pintu bilik tuannya. Selepas beberapa ketika, daun pintu mula terbuka. Puan Rahimah dan Ilham terkejut melihat muka tuan rumah itu yang sedang berjalan menggunakan kerusi roda.

“Hafiz? Bagaimana kamu boleh hidup kembali?” tanya Puan Rahimah.

Hafiz berkata, “Panjang ceritanya. Sebenarnya orang ramai memang ingat saya sudah mati, tetapi sebenarnya saya hanya cedera parah selepas lima hari saya kesakitan. Tiba-tiba sebuah helikopter mendarat. Empat orang dari helikopter itu mengambil saya yang sedang kesakitan. Rupa-rupanya mereka iadalah rakan saya yang masih belum mati. selepas beberapa hari saya di hospital Malaysia, saya dibenarkan keluar dari hospital ini. Saya dapat petunjuk daripada Allah dan menyuruh saya pergi mengambil kamu berdua di sebuah pulau. Disebabkan saya masih tidak mampu berjalan lagi, saya menyuruh orang gaji saya untuk membawa kamu berdua ke rumahnya buat sementara.”

Tiba-tiba Ilham menangis dan memeluk Hafiz kerana sebelum ini dia ingatkan ayahnya itu sudah mati. Rupa-rupanya masih hidup, jadi dia tidak mahu kehilangan ayahnya lagi kerana dia sangat menyayangi ayahnya itu.

*****

Setahun kemudian….

“Uwwaaa!” Tangisan seorang bayi seolah-olah baru dilahirkan oleh Puan Rahimah.

“Beberapa minit selepas melahirkan bayi itu, tiba-tiba puan Rahimah kesakitan semula seolah-olah masih ada bayi di dalam perutnya.

“Madam, you have got two baby boy twins. But you don’t worry because I can rescue your son’s right now. Wait for a while.”

Lalu lagi seorang bayi dilahirkan. Hafiz dan Ilham pun pergi melawat Puan Rahimah di hospital.

Ilham berkata, “Emak mahu beri nama apa untuk mereka?”

Puan Rahimah menjawab, “Manalah emak tahu mahu beri nama apa.”

Hafiz mencelah, “Apa kata kita beri nama Mu’min dan Muhaimin?”

Puan Rahimah berkata lagi, “Boleh! Sedap juga nama itu.”

Selepas itu, mereka pun hidup bahagia dengan kedua-dua anak kembarnya iaitu Mu’min dan Muhaimin.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: