Certot

Pengalaman Baru

Hasil nukilan Nur Hidayah 4 years agoFiksyen 14

   Juliana ialah seorang kanak-kanak yang petah berbicara dan seorang yang ceria .Pada tahun ini, Juliana akan memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Indah Mutiara. Dia berasa sangat teruja. Pada hari pertama persekolahan, Juliana segera bangun dan bersiap. Tetapi, dia melihat abang dan kakaknya langsung tidak bersemangat untuk ke sekolah.

“Abang, kenapa tidak bersemangat mahu pergi ke sekolah?” soal Juliana.

“Tidaklah,” jawab Faiz.

Juliana berasa pelik. Bukankah pergi ke sekolah itu menyeronokkan? Mengapa tidak bersemangat pula?

“Kak Long suka tidak pergi ke sekolah?” tanya Juliana.

“Tidak,” jawab Ariana.

Juliana menjadi semakin hairan. Mengapa abang dan kakaknya tidak bersemangat?

Sewaktu di dalam kereta, Juliana melihat abang dan kakaknya tertidur.

“Ibu, mengapa abang dan kakak tidak bersemangat ke sekolah? Bukankah sekolah itu menyeronokkan?” soal Juliana.

“Juliana, apabila kamu sudah besar nanti, kamu akan faham,” kata Puan Dira sambil tersenyum.

Juliana hanya sekadar mendiamkan diri .

Apabila sudah sampai, Juliana pun bersalaman dengan ibunya dan turun dari kereta bersama kakak dan abangnya. 

Sewaktu mahu masuk ke perkarangan sekolah….

“Abang, tengok depan.”

Prang!

“Abang okey?” kata Juliana.

Dia segera berlari ke arah abangnya.

“Kak Long, tolonglah,” arah Juliana.

Ariana segera berlari ke arah mereka.

“Ya allah. Faiz! Bagaimana kamu boleh langgar pagar sekolah?” tanya Ariana.

“Aduh, sakitnya! Faiz tak nampak tadi,” jawab Faiz sambil mengosok kepalanya yang benjol.

Kemudian Juliana melihat Ariana membebel kepada Faiz. Juliana hanya ketawa kecil. Tidak sangka, hari pertama dia sekolah sudah ada pengalaman seperti ini. Kelakar benar….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: