Certot

Organ

Hasil nukilan Ain Pesen 6 years agoSuperhero

Aku Farhana, seorang anak tunggal yang hanya mempunyai seorang ibu. Ayahku sudah lama meninggal dunia akibat penyakit kanser.

    Pulang dari sekolah, aku terus singgah di gerai ibuku di kaki lima. Aku menolong ibuku membungkus nasi lemak lalu menjualnya.

“Hana, mengapa muka kamu pucat?” soal ibuku.

“Mungkin sebab Hana penat,” balasku.

“Sekiranya Hana tidak sihat, kamu duduk berehat sahajalah,” arah ibuku. Aku sekadar membalas dengan sekuntum senyuman buatnya.

*****

    Kring! Kring! Bunyi telefon rumah menjerit-jerit minta diangkat. Ibuku segera menjawab panggilan telefon tersebut.

“Assalamualaikum, siapa ini?” soal ibuku.

“Waalaikumussalam, Puan Linda. Saya Cikgu Melati, guru Farhana,” Cikgu Melati memperkenalkan dirinya.

“Mengapa dengan anak saya?” soal ibuku lagi.

“Anak Puan kini berada di hospital. Semasa di sekolah, dia mengadu sakit pinggang. Jadi, saya membawa dia ke sini,” terang Cikgu Melati.

“Saya datang sekarang!” balas ibuku dengan segera lalu mencapai gugusan kunci di atas meja.

*****

“Mengapa dengan anak saya doktor?” soal ibuku setelah berjumpa dengan Doktor Ain.

“Saya harap puan tenang. Anak Puan mengalami sakit buah pinggang. Sakitnya sudah berada di tahap bahaya.” Doktor Ain memberhentikan kata-katanya.

“Apa yang patut saya buat sekarang?” soal ibuku sambil mengalirkan air matanya.

“Dia perlu dibedah bagi menggantikan buah pinggang yang lain,” terang Doktor Ain lagi.

*****

    Mataku terbuka luas. Aku melihat kipas berpusing. Aku hairan, sejak bila bilikku mempunyai kipas?

“Farhana!” panggil Cikgu Melati. Aku menoleh ke arahnya. Baruku tahu bahawa aku berada di hospital.

“Mana ibu saya? Mengapa saya di sini?” soalku.

“Kamu telah dibedah semalam untuk menukar buah pinggangmu.” Cikgu Melati mengukirkan senyuman.

“Ibu?” soalku pendek.

“I… ibu… ka… kamu telah….” kata-kata Cikgu Melati tersangkut.

“Telah apa cikgu?” soalku tegas.

“Me… meninggal…,” kata Cikgu Melati membuatkan jantungku berdegup laju. Air mataku mengalir dengan deras. Orang yang aku sayangi telah tiada. Dunia aku kelihatan semakin gelap.

****

“Hana, mari balik!” ajak Cikgu Melati.

    Aku kekal menatap makam ibuku setelah selesai membaca surah Yassin dan surah Al-Fatihah. Aku bersyukur kerana ibu telah dermakan buah pinggangnya kepadaku, tetapi perasaan sedih tetap menguasai diriku. Ibu, semoga bersemadi dengan aman.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: