Hanna ialah seorang gadis yang amat suka membaca buku cerita, novel, komik, dan lain-lain.
Suatu hari, Hanna dan keluarganya pergi ke sebuah kedai buku. Hanna membeli sebuah novel.
Pada hujung minggu, Hanna membaca novel yang dibelinya.
Ketika dia hendak membaca muka surat terakhir, dia melihat muka surat itu hilang.
“Aaaa! Siapa pergi koyak muka surat terakhir ni!” Hanna menjerit kegeraman apabila melihat terdapat kesan koyakan di muka surat terakhir novel itu.
“Hanna, kenapa menjerit ni?” Ibu Hanna, Puan Aliya berasa terkejut mendengar jeritan Hanna.
“Ibu, tengok ni. Ada orang pergi koyak muka surat terakhir novel ni.” Hanna membuat muka merajuk sambil menunjukkan ibunya kesan koyakkan di novelnya.
“Ish, Hanna ni. Ibu ingatkan apalah tadi.” Puan Aliya berlalu keluar dari bilik Hanna dan menuju ke dapur semula.
Hanna berasa hampa mendengar jawapan ibunya. Untuk menghilangkan stresnya, dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar.
Hanna terjaga setelah beberapa minit tidur. Tiba-tiba dia terlihat sehelai kertas di atas mejanya.
‘Ish, kertas apa pula ni? Rasanya tadi takde atas meja aku,’ omel Hanna dalam hati.
Hanna membaca kandungan kertas itu. Rupa-rupanya di dalam kertas itu tertulis tempat di mana muka surat terakhir novel Hanna berada. Hanna segera menuju ke tempat itu.
“Ibu, Hanna pergi keluar sekejap,” laung Hanna dari jauh.
“Eh, Hanna.” Puan Aliya hanya menggeleng apabila melihat Hanna sudah keluar.
Ketika dalam perjalanan, Hanna terpaksa melalui pelbagai halangan seperti terpijak lecak dan lain-lain. Setibanya Hanna di tempat itu, dia sudah menjumpai muka surat terakhir itu.
Ada nota kecil di tepi itu yang tertulis ‘This is Jannah’.
“Jannah!” Hanna menjadi geram. Rupa-rupannya adiknya Jannah yang mengoyakkan muka surat terakhir itu.