Certot

My Mama My Hero

Hasil nukilan Elynn 6 years agoSuperhero

Pagi yang cerah telah menyilaukan mata Anies daripada tidur. Dia bangun dan memerhatikan sekeliling biliknya.

‘Tempat yang sama dan hari yang sama,’ bisik hati Anies.

Dia terus masuk ke bilik air dan mandi. Sambil itu dia memikirkan hidupnya. Ayahnya hilang selepas bertugas di Perlis sebagai seorang pengurus. Selepas ayahnya hilang, hidup Anies mula berubah. Hal kewangan belum selesai, ramai kawan menjauhinya dan terpaksa berpindah ke Kelantan. Ibunya? Ibunya menjaga dia dengan mengutip upah menjadi pembantu rumah separuh masa. Dia bencikan hidup dia sekarang.

Selesai mandi, dia lengkap berpakaian baju sekolah terus turun ke ruang tamu dan melihat ibunya mengira duit sambil mengeluh. Ibunya iaitu Puan Syazzhirah melihat Anies di tangga rumah.

‘‘Anies, ibu ada buatkan roti bakar bersalut jem coklat. Hari ini Anies bawa seringgit ke sekolah sebab ibu mahu beli barang dapur,’’ ujar wanita itu dengan lemah.

“Okey, tetapi jangan datang sekolah aku beri makanan! Malu gila bila muka cam pengemis datang sekolah aku merayau-rayau cari aku dan mengaku emak aku!’’ jerit Anies kepada Puan Syazzhirah. Dia terus ke dapur dan mengambil sekeping roti bakar bersalut jem coklat lalu ke ruang tamu.

‘‘Ini namanya sarapan? Ini layak dipanggil sampah!’’ jerit Anies lalu melemparkan roti bakar itu ke hadapan Puan Syazzhirah.

‘‘Sa… sayang, itu rezeki. Ada lagi yang hidup dia lagi susah dari kita,’ ‘nasihat Puan Syazzhirah.

Anies terus keluar dari rumah bersama beg galas. Dia terus ke sekolah yang hanya 16 meter dari rumahnya.

******

KRING!

Itulah bunyi loceng menandakan waktu balik bagi Sekolah Kebangsaan Padang Kala. Anies dan 2 orang rakannya berbual sambil berjalan keluar dari kelas.

‘‘Anies, kau sudah dengar MP3 keluaran terbaru?’’ tanya salah satu kawan Anies, Syafiqah.

‘‘Bukan MP3, tetapi iPodlah, apalah,’’ balas sorang lagi kawan Anies, iaitu Bayu.

‘‘Aku sudah dengar dan teringin mahu beli. Berapa harganya?’’ tanya Anies.

‘‘Kalau tidak silap RM25 sekali campur ngan kad memori,’’ jawab Bayu.

‘‘Mahalnya!’’ balas Anies.

‘‘Yalah, yang mampu beli pun anak-anak cikgu di sekolah kita ini seperti Yuzana, Darwina, Hakimah, Hafizah, dan Aliza. Mereka itu kata tabung mereka ada RM 100 lebih,” jawab Syafiqah bersungguh-sungguh.

‘‘Depan Taman Permainan Seri Kecapi itu ada kedai eletronik. Dia jual iPod dengan harga RM 15! Aku mahu beli! Siapa mahu follow aku?’’ tanya Bayu dengan terujanya.

‘‘Aku!’’ jawab Anies dan Syafiqah.

‘‘Okey, nanti balik kamu solat dahulu. Kita jumpa di Taman Permainan Seri Kecapi,’’ arah Bayu.

‘‘Okey,’’ balas Anies dan Syafiqah.

*****

Selepas pulang.

‘‘Balik!’’ kata Anies dengan teruja. Dia terus naik ke biliknya dan mandi, menukar baju, dan solat. Dia segera mencari ibunya.

‘‘Woi! Woi!’‘jerit Anies

‘‘Kenapa ini sayang?’’ Puan Syazzhirah keluar dari dapur.

‘‘Mahu duit RM 20.’’ Anies menadah tangan dengan sebelah tangan

‘‘B… buat apa?’’ tanya wanita itu.

‘‘Beri sahajalah!’’ jerit Anies

‘‘Baiklah.’’ Puan Syazzhirah memberikan Anies RM20.

Anies amat teruja dan terbayang-bayang akan iPod yang dimilikinya. Dia terus keluar dari rumah dan menuju ke Taman Permainan Seri Kecapi. Dia melihat Syafiqah dan Bayu menunggu dia di sebuah bangku.

‘‘Mengapa lambat? Sudah lewat satu minit!’’ marah Bayu.

‘‘Aku nak minta duit dengan emak aku,’’ jawab Anies

‘‘Bila kau mahu berbaik dengan ibu kau?’’ tanya Syafiqah.

‘‘Sampai dia jadi mayat’‘jawab Anies

‘‘Tidak baik betul kau ini. Sudah, mari pergi ke kedai itu sebelum jualan habis,’’ balas Bayu

Mereka terus ke kedai eletronik yang ada di seberang jalan raya di hadapan taman permainan.

‘‘Terujanya aku! Aku lintas dahulu, ya,’’ ujar Anies lalu melintas tanpa melihat kiri kanan. Tanpa disedari, ada sebuah lori yang menuju ke dirinya. Anies terkaku manakala kawan-kawannya juga terkaku. Tiba-tiba Anies terasa dirinya tertolak ke tepi.

‘‘Anies!’’ jerit seorang wanita.

Bush!

Wanita itu adalah Puan Syazzhirah yang mengekori Anies. Seorang pemuda menelefon ambulans. Puan Syazzhirah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan hentakan teruk di kepala. Anies meraung-raung melihat mayat ibunya.

‘‘Ibu, maafkan Anies sebab lukakan hati ibu. Bangunlah, ibu! Anies mahu rasa roti bakar ibu! Bangunlah!’’ jerit Anies memeluk mayat ibunya. 

Kawan-kawannya menarik Anies daripada mayat Puan Syazzhirah. Mayat Puan Syazzhirah diangkat ,asuk ke dalam ambulans. Anies menangis meratapi ibunya. Bunyi ambulans semakin perlahan bermaksud ambulans semakin jauh.

*****

Beberapa bulan kemudian.

Anies kini dijaga di pusat kebajikan. Dia diambil oleh lelaki yang tidak dikenali. Namun tidak disangka, lelaki itu adalah ayah kandungnya yang sudah lama menghilang. Ayahnya hilang kerana terjatuh ke dalam gaung dan dijadikan tawanan orang asli. Namun disebabkan jasa dia yang dahulunya baik, jasanya dibalas baik. Anies mengungkapkan satu perkataan yang pasti ada dalam hidupnya iaitu my mama my hero.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: