Di sebuah kampung, terdapat sebuah sekolah yang tidak digunakan. Sekolah itu dikatakan berhantu. Pada suatu hari, kerajaan bersetuju untuk membuka semula sekolah tersebut. Dicarinya tukang kebun, cikgu, mak cik kantin, dan sebagainya. Orang kampung menghantar anak-anak mereka.
*****
Persekolahan untuk hari pertama di sekolah itu sudah selesai. Tiba-tiba kelihatan seorang gadis pergi ke kantin lalu duduk di atas bangku kantin.
‘Tak bestlah emak aku hantar aku ke sekolah berhantu ni,’ kata Liyana dalam hati.
“Hai, boleh saya duduk di sini?” tanya Ira meminta kepastiaan daripada Liyana.
“Duduklah,” kata Liyana sambil memandang wajah Ira.
“Liyana, awak suka tak sekolah di sini?” Ira memulakan pertanyaan.
“Tak suka,” kata Liyana sambil menggeleng.
“Saya pun tak suka juga sekolah ni, naik bulu roma saya apabila mahu ke tandas,” kata Ira sambil menggoyangkan bahunya.
“Jom kita siasat sekolah ni,” kata Liyana sambil menarik tangan Ira untuk menarik Ira supaya Ira bangun.
“Jomlah, saya memang suka menyiasat,” kata Ira.
“Kita siasat di tingkap atas sekali dulu,” cadang Liyana.
Setelah mencari, mereka tidak menemui apa-apa.
“jom kita ke tingkat dua,” ajak Ira.
Di tingkat dua, tiba-tiba di dalam tandas terdengar kaca pecah dan seorang kata berteriak “Argh!”
Liyana dan Ira terus bergegas ke dalam tandas dan mereka dapati seorang gadis yang bernama Shasha sedang mengutip kaca.
“Kaca apa itu?” tanya Ira.
“Oh ini bedak saya jatuh, lepas itu pecah,” terang Shasha.
“Habis tu, kenapa awak melaung?” tanya Liyana.
“Ini bedak mahal,” terang Shasha lagi.
“Jadi kat sekolah ni tak ada hantu?” kata Ira.
“Yes, you are right,” kata Shasha dalam bahasa inggeris.
“Jadi, ni semua hanya khabar angin?” kata Liyana.
Shasha terus mengangguk. “Akhirnya misteri ni terbongkar juga,” kata Ira.
Akhirnya mereka bertiga berkawan untuk selamanya. Ramai orang yang cemburukan mereka kerana keakraban mereka.