“Kamu semua tahu tidak tentang cerita rumah di belakang sekolah kita itu?” soal Julie.
“Tahu, seramlah ceritanya.” Aina menggeletar ketakutan.
“Julie, ceritalah. Aku tidak tahu lagi,” pinta Lily.
Sembang mereka sambil melihat ke arah rumah yang berada di belakang sekolah mereka. Tiba-tiba, lampu rumah itu berkelip. Pada masa itu, hanya Aina yang melihatnya. Baru sahaja Julie mahu bercerita, cepat-cepat ditutup oleh Aina.
“Jangan! Jangan ceritakannya, Julie! Tadi aku nampak lampu rumah itu berkelip. Lagipun kita sedia maklum yang tiada bekalan eletrik pun di rumah itu,” kata Aina dengan nada takut.
“Jangan mengarutlah, mustahil ada hantu pagi-pagi ini.” Julie tidak mengendahkan amarannya.
“Begini Lily, dahulu ada seorang lelaki kacak yang tinggal di situ. Dia bersekolah di sekolah ini. Dahulu, ada seorang lelaki yang teramat popular di sekolah ini. Tiba-tiba, lelaki yang tinggal di rumah itu pula yang mendapat peminat. Disebabkan cemburunya kepada lelaki yang tinggal di rumah itu, dia membunuh lelaki itu dengan kejam! Pada waktu lelaki itu mahu pulang, lelaki yang popular itu mengikutnya dan membawa sebilah pisau. Setibanya di rumah, dia ditendang dan dibunuh. Dadanya dicucuk berkali-kali. Sebulan selepas pembunuhan itu, lelaki yang popular itu mula ternampak bayangan lelaki yang dibunuh itu.”
“Pada suatu hari, sewaktu lelaki yang popular itu berehat, dia berasa sakit dada. Matanya gatal dan mulutnya terasa pedih. Selain itu, dia juga berasa seperti ditendang. Tiba-tiba, dia mati tanpa apa-apa kesan. Saya pun tiba-tiba terasa seram,” cerita Julie.
Lily yang mendengar mengigil ketakutan. Ahmad Zukirman atau dikenali sebagai Zukie mencuit bahu mereka dan berkata.
“Lihat rumah itu, lampunya terpasang walaupun tiada bekalan eletrik. Kelakar, bukan?” kata Zukie.
Julie dan Lily saling berpandangan. “Untuk pengetahuan kamu berdua, sayalah lelaki popular yang membunuh dia. Dan sekarang, masa untuk kamu berdua pula!” kata Zukie lagi.
Julie cuba mencari Aina, tetapi tidak kelihatan. Tiba-tiba suasana gelap. Lily juga lesap.