Certot

Misteri Nenek Tua

Hasil nukilan Amani about 8 years agoMisteri 112

Hujan lebat membasahi bumi. Karina setia menunggu ibunya di perhentian bas. Rakan-rakannya sudah pulang. Tinggal dia keseorangan. Jam sudah menunjukkan ke angka 3.00 petang. Ibunya, Puan Hasnida bekerja di sebuah syarikat. Pada hari itu, Puan Hasnida tidak menyangka bahawa majikannya akan mengadakan mesyuarat tergempar. Setelah memberitahu majikannya bahawa dia ingin mengambil Karina di sekolah, majikannya melarang Puan Hasnida pergi kerana mesyuarat penting itu dihadiri oleh Tuan Besar Haji Yaakob, ketua segala syarikat. Menurut majikannya, mesyuarat itu akan tamat pada jam 6.00 petang.

Karina mencari-cari kereta ibunya di sekeling perhentian bas. Walaupun terlalu banyak kereta yang lalu-lalang, namun kelibat ibunya belum dijumpai. Sambil menunggu ibunya, Karina membaca buku yang dipinjam dari perpustakaan sekolah. Sambil membaca, Karina mengerling ke sekeliling untuk mencari ibunya. Jam menunjukkan angka 5.30 petang. Hujan lebat yang tidak henti-henti mula renyai-renyai. Karina ternampak seorang tua di seberang jalan. Nenek tua itu kelihatan mencurigakan. Tiba-tiba nenek tua itu menjeling tajam kepada Karina. Karina terkejut. Karina mula berasa takut. Nenek tua itu semakin hampir dengan Karina.

Apabila nenek tua itu memegang tangan Karina, ibunya datang dan menjerit. “Hoi!” 

Dengan segera, ibunya menelefon polis. Polis berjaya memberkas nenek tua itu. Rupa-rupanya, nenek tua itu adalah seorang lelaki yang menyamar untuk menculik budak. Pihak polis terhutang budi dengan Puan Hasnida.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: