Certot

Menyesal

Hasil nukilan Zureen 3 years agoFiksyen

Nama aku Syazarina. Keluarga memanggil aku Rina, manakala kawan memanggil aku Zarina. Aku menyesal betul dengan apa yang aku dapat.

Dahulu, aku pelajar terbaik di kelas. Aku juga cantik, tinggi, dan kaya-raya. Tetapi, aku sungguh menyesal.

Sejak aku pandai, aku menjadi sombong. Mahu berkawan dengan orang yang kaya dan tidak mahu berkawan dengan orang miskin.

Sejak aku dilahirkan dengan wajah cantik, aku asyik dipuji cantik, lama-lama kembang hidung aku.

Sejak aku dilahirkan di keluarga kaya, aku jadi jual mahal. Tetapi, semua itu sudah lenyap.

Aku mula tidak belajar sejak aku pandai. Aku asyik memakai mekap supaya bertambah cantik.

Aku mula bazirkan duit sejak menjadi kaya. Sampailah satu hari….

Aku menyesal sangat!

“Baiklah, cikgu akan beri ujian kamu! Tempat pertama adalah Zana!”

Terkejut betul aku.

“Huh?”

“Ina, kenapa kau gagal?”

‘Ish ! Cikgu asyik tanya soalan KBAT sahaja! Malas aku mahu jawab! Hal aku juga!’ aku berkata dalam hati.

*****

 Balik….

“Ayah, boleh pinjam duit?”

“Ayah tiada duit.”

“Kenapa? Bukan ayah selalunya ada duit?”

“Ayah hampir bankrap. Jimat cermat sikit. Kamu tahu membeli-belah sampai tidak ingat dunia. Oleh itu, ayah akan menjual baju baju yang kamu beli. Ini demi masa hadapan kita.”

“Ayah jahat!” Aku lari dari rumah dan litas jalan raya tanpa melihat kiri kanan.

Aku dilanggar oleh kereta. Muka cantik aku sudah tiada kerana muka ada segaris luka. Menyesal betul. Tetapi aku masih ada benda yang ku sayang dari lahir, iaitu keluarga.

Bersyukur dengan apa yang kamu ada. Jangan menyesal baru mahu bersyukur. 


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: