Pagi itu adalah pagi yang tenang, pagi itu adalah pagi yang nyaman, pagi itu adalah pagi yang sejuk, di bawah pokok yang daunya melambai-lambai. Masih segar diingatan peristiwa semasa aku dirotan oleh ibuku. Pada petang itu, aku menangis teresak-esak kerana dirotan. Pukulan rotan itu seperti pukulan kasih yang amat menyakitkan. Mungkin ini adalah pengajaran bagiku supaya tidak melakukan lagi kesalahan yang sama.
Lalu aku berlari ke bilikku. Semasa di dalam bilik, aku menangis teresak-esak. Sejurus selepas itu, kedengaran pintu bilikku diketuk sebanyak tiga kali. Kemudiannya, aku terdengar satu suara.
“Zarif, buka pintu ini.’’ Rupa-rupanya itu suara ayahku.
Aku segera mengelap air mata yang membasahi pipiku. Kemudian aku menjawab, “Kenapa ayah?”
Lantas aku membuka pintu bilik dan menjemput ayahku masuk. “Hah, kenapa menangis?” tanya ayahku.
Segera aku menjawab, “Mana ada adik menangis.”
Lantas dengan tegasnya ayahku menegur, “Zarif, jangan menipu ayah.”
Dengan segera aku meminta maaf dan aku menceritakan perkara yang sebenar kepada ayah. “Zarif menangis sebab dirotan oleh ibu.”
Lalu muka ayahku berubah menjadi tenang lalu ayahku bertanya, “Sebab apa adik dirotan?”
Aku menjawab soalan ayah “,Sebab Zarif mandi di dalam parit.” Lalu menangis.
Lantas ayahku memujuk dan mengajak aku pergi menanam pokok di belakang rumah. Mukaku yang masam tadi berubah menjadi gembira. Lalu aku dan ayah keluar dari bilik dan membuka pintu rumah. Alangkah cantiknya keindahan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita.
Petang itu, aku turun dari tangga dan mengambil tunas pokok di tepi tangga rumah. Kemudian dengan wajah yang ceria aku menuju ke arah ayah yang sedang mengorek lubang untuk menanam pokok.
Ketika ayah menanam pokok itu, aku menanyakan kepada ayah “Ayah, ini pokok apa?”
“Ini pokok rambutan,” jawab ayah. Tetapi ayah tidak mungizinkanku menanam pokok disebabkan usiaku yang masih setahun jagung.
Malam sudah melabuhkan tirai, ayah memanggilku. Dia memintaku untuk untuk memohon keampunan atas kesilapanku petang tadi. Lalu aku pergi kepada ibu dengan muka yang ketakutan. Ketika itu ibuku sedang membaca al-Quran di dalam biliknya. Lantas aku masuk ke dalam biliknya dengan muka yang di basahi air mata.
Aku berkata, “Ibu, Zarif minta maaf. Ibu maafkan Zarif?”
“Ibu sudah lama memaafkan anak ibu,” jawab ibu dengan senyuman yang manis.
Benar sebagaimana yang disebutkan oleh ramai orang bahawa marah seorang ibu adalah marah-marah sayang. Demi kebaikan anak-anak, ibu dan ayah terpaksa menegur bagi memperbaiki kesilapan anak-anak.
Terima kasih Tuhan kerana menganugerahiku seorang ibu yang tegas mendidikku dan seorang ayah yang bijak memujuk dengan hikmah. Ketika itu, rasa sakit akibat sebatan pada punggung tidak lagi terasa.
***********************