Certot

Di Mana Buku Itu?

Hasil nukilan Nurul Iffah Kawaii7 years agoFantasi

“Di mana aku letak buku itu?” tanya Airin sambil mencari buku kesayangannya. Dia berbaring seketika dan berkata, “Kalaulah Sherlock ada, boleh tolong aku cari buku itu.” 

Perlahan-lahan dia menutup mata.

*****

“Hai Airin, saya dengar awak panggil saya,” kata lelaki yang tiba-tiba muncul.

Airin membuka mata dan memandang sekeliling. Dia seperti tahu di mana dia berada. Dia juga mendapati ada seorang lelaki yang memakai satu set pakaian lengkap bercorak kotak-kotak.

“Sherlock… Holmes? Kenapa awak ada di sini? Kenapa saya ada di sini? Kenapa tempat ini seperti bilik saya, tetapi hitam putih?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Airin. Sherlock tercengang.

“Okey. Pertama sekali, saya Sherlock Holmes, betul. Kedua, awak panggil saya untuk cari buku awak. Ketiga, sebab ini bilik awak.D an akhir sekali, sebab awak dah masuk dunia saya,” terang Sherlock panjang lebar. Dia menarik nafas dan menyambung, “semua persoalan awak sudah terjawab. Jadi, mari kita mulakan pencarian.”

Mereka pun mencari seluruh bilik, ruang tamu, dan akhirnya di laman. Beberapa klu dijumpai, tetapi tiada satu pun yang memberi maklumat. Mereka berdua kepenatan.

Akhirnya, Sherlock bertanya kepada Airin, “Awak rasa ada sesiapa yang berminat dengan buku awak?”

Airin berfikir sebentar. “Hmm… hah! Lupin!” kata Airin.

“Lupin?” tanya Sherlock, hairan.

“Bukan Lupin kawan awak. Lupin itu kucing saya. Buku itu bau strawberi. Sebab itu dia suka. Jadi mari kita pergi ke tempat dia.” 

Mereka pun pergi ke sana.

Kelihatan Lupin sedang tidur nyenyak. Dia ternampak sesuatu ygang dicari-cari, buku kesayangannya. Dia menoleh untuk berkata kepada Sherlock, “Terima kasih, Sher…. Eh, mana dia?” Tiada siapa?

*****

Airin bangun dan memandang sekeliling. Dia pergi ke tempat Lupin. Buku itu memang ada di situ. Dia tersenyum sendirian.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: