Certot

MAAFKAN AYAH KAKAK

Hasil nukilan Aliyabatrisya 3 years agoSuperhero 9

    Nama aku Nur Damia, keluarga aku memanggilku Mia. Aku berumur 12 tahun. Nama ibuku ialah Masrina, beliau berusia 38 tahun. Ayahku pula bernama Muhammad Arif, beliau berusia 40 tahun.

    Di waktu petang yang indah aku duduk di atas sofa dan aku ternampak gambar aku dan ayah semasa aku berumur tujuh tahun. Selepas melihat gambar itu, aku teringat akan waktu itu.

    Aku dan keluarga pergi ke Taman Rekreasi, di mana waktu itu aku belajar menunggang basikal dan hari tersebut aku sudah pandai menunggang basikal.

    Di sebelah gambar tersebut, terdapat gambar aku dan keluarga berada di Australia. Gambar itu mengingatkan aku pengalaman sewaktu aku berada di situ. Aku teringat, aku dapat melihat beruang koala, kanggaru, pemandangan yang indah, dan lain-lain. Aku sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga. Itu memang kenangan yang manis.

    Aku juga pernah melawat Zoo Negara, aku sangat teruja dapat melihat haiwan-haiwan. Aku paling teruja apabila dapat melihat haiwan kegemaranku iaitu harimau.

    Tetapi itu kenangan lama aku dengan ayah. Dahulu ayah hanya doktor pakar bedah biasa, kini beliau dipindahkan ke Arab Saudi. Semenjak ayah aku berpindah ke sana, aku jarang meluangkan masa bersama ayahku.

    Apabila aku ke sekolah, aku rasa cemburu dengan rakan-rakan di sekolah. Aku lihat kebayakkannya ayah mereka menjemput dan menghantar mereka ke sekolah.

    Sudah lama aku tidak berjumpa dengan ayahku. Ibuku membuat keputusan untuk kami pergi melawat ayah di Arab Saudi. Baru sahaja kami merancang, tiba-tiba ibu mendapat panggilan yang mengatakan ayah menghidap kanser kulit. Aku mengalirkan air mata selepas mendengar berita itu.

    Setelah sampai di Arab Saudi, kami pergi ke Hospital untuk melawat ayahku. Ibuku bertanyakan kepada doktor yang merawat ayahku. “Doktor, bagaimana keadaan suami saya doktor?”

Doktor itu menjawab, “Suami awak masih lemah. Dia perlukan rehat yang banyak dan suami awak masih boleh dirawat.” 

“Alhamdulillah.”

    Aku duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil ayahku, ayahku meyentuh bahuku dan berkata, “Maafkan ayah Mia, ayah terlalu sibuk dengan kerjaya ayah.”

Aku menjawab, “Tak mengapa, Mia faham ayah mencari rezeki untuk menyara keluarga kita.”

 Ayahku tersenyum.

*****

 Sebulan Kemudian

    Ayahku dibenarkan keluar daripada wad dan pihak hospital memberi ayahku cuti selama empat bulan.

    Tiba-tiba terlintas di fikiranku betapa besarnya peranan seorang ayah. Sayangilah ayah anda sebelum terlambat.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: