Certot

Liga Aquatik

Hasil nukilan I-man 3 years agoSukan 16

   Sona, seekor ikan emas yang bermain untuk pasukan kelabnya. Aquila F.C. walaupun dia hanya pemain simpanan, dia tetap berasa gembira setelah pasukannya dicalonkan dalam liga aquatik untuk tahun itu.

  Kawan sepasukannya memang hebat dan pantas. Oka, cekap mengawal bola. Doty dan Kinbi adalah gandingan yang terbaik. Zuqa, pemain sayap yang sangat licik. Kadang-kadang pemain pasukan lawan tidak menyedari kedatangannya. Dan penjaga gol pasukan mereka, Kura. Seekor sotong kurita yang mempunyai ketajaman mata seperti helang.

  Mereka dibimbing oleh Kaizar. Jurulatih yang mengatur rancangan pasukan mereka. Pasukan mereka adalah pasukan kelas bawahan di daerah mereka. Siapa sangka, mereka dapat beraksi dalam liga aquatik untuk tahun itu. Liga aquatik untuk tahun ini berlangsung di Lautan Atlantik. Sebanyak 32 pasukan bertanding dalam liga juara tersebut. Perlawanan kalah mati mereka berlangsung minggu hadapan. Mereka akan berlawan dengan pasukan dari Lautan Hindi. Iaitu Rozaq United.

  “Saya mahu kamu semua bermain dengan tenang. Jangan terlalu tergopoh-gapah. Kalau tidak, kamu semua senang kehilangan bola,” kata Kaizar dengan penuh semangat. Dia menarik misainya dan melepaskan misainya. Misai itu bergulung semula.

  “Tuan, saya rasa lebih baik kita banyakkan hantaran pendek. Dengan itu, bola lebih mudah dikawal,” celah Rozzi. Rozzi merupakan ahli pasukan yang paling berpengalaman. Dia boleh dikatakan genius dalam aturan pasukan dan hantaran.

  “Tidak. Hanya ikut rancangan saya dan kita dapat mengalahkan mereka.” Kaizar menggeleng tanda tidak setuju. Ahli pasukan yang lain hanya memandang wajah Kaizar yang kelihatan serius.

  Setelah selesai mendengar rancangan mereka dengan teliti, mereka balik ke bilik mereka. Melihat rakan-rakan sepasukannya balik ke bilik masing-masing, Sona pun membuat keputusan untuk balik ke biliknya dan merehatkan badannya yang sudah letih.

  Sona memasuki ruang biliknya yang gelap. Menyedari keadaan itu, dia lantas membuka lampu. Cahaya mula memenuhi ruang bilik yang gelap. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya, mengapa Tuan Kaizar menolak rancangan yang selalu diguna pakai oleh mereka selama ini?

  Sona merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Matanya memandang syiling dan akalnya ligat memikirkan cara yang terbaik untuk melepasi benteng pertahanan pasukan lawan walaupun tuan Kaizar sudah memberi cadangan yang terbaik bagi pasukanya.

*****

  Seminggu sudah berlalu, jadual mereka untuk waktu seminggu itu hanyalah dengan berlatih, berlatih, dan berlatih. Sekarang tibanya masa untuk mereka menonjolkan diri sebagai sebuah pasukan yang gagah!

  Barisan pemain mula memasuki padang. Semua pemain utama mengambil posisi mereka di padang. Pemain simpanan seperti Sona pula duduk bersama pemain simpanan yang lain di sebuah tempat yang terletak di tepi padang dan bentuknya pula seperti tempat menunggu bas.

  Wisel dibunyikan menandakan perlawanan bermula. Bola dimulakan dengan pasukan lawan. Selepas beberapa saat, Zuqa memiliki bola sepenuhnya. Bola dibawa olehnya higgalah bolanya dirampas oleh Duirta, pemain pertahanan pasukan Rozaq United.

  Duirta menghantar bola kepada Hugo, penyerang terbaik pasukan itu. Hugo lantas menggelecek bola itu melepasi pemain-pemain pasukan Aquila FC. Kesemua pemain yang mencuba untuk menghalangnya, tidak dapat menghalangnya lagi walaupun hampir kesemua pemain Aquila FC mencuba untuk menghalangnya.

  Kini hanya Hugo dan Kura sahaja yang berhadapan. Kura bersedia untuk menangkap bola manakala Hugo telah pun menyepak bola. Kura melompat ke bahagian kiri apabila melihat bola itu pergi ke arah kiri. Tetapi jangkaannya meleset sama sekali. Bola itu melencong ke arah kanan pula dan bola itu memasuki gawang gol dengan senang.

*****

  Tamat separuh masa pertama, kedudukan yang berat sebelah itu mengecewakan sesiapa yang menyokong pasukan Aquila FC. Kedudukan matanya ialah 4 berbalas 0.

Manakala di dalam bilik rehat pemain pula, Tuan Kaizar sedang memarahi pemainnya kerana gagal membuat satu gol pun.

  “Bukankah saya sudah kata, ketatkan pertahanan, bolosi benteng pertahanan mereka,” marah ikan pari yang bermisai itu. Kesemua pemain memandang lantai.

  “Tidak, ia bukan sebab kami, ia salah strategi tuan yang tidak stabil. Kekuatan pasukan mereka terletak di bahagian benteng, bahagian menyerang, bahagian mengawal, behagian penjaga gol, dan bahagian strategi. Tetapi pasukan kita hanya kuat dalam bahagian menghantar bola dan menyepak. Sebab itu mustahil jika mahu melepasi benteng mereka,” balas Rozzi. Jurulatih mereka hanya memandang lantai.

  “Betullah tuan, kami semua sudah buat yang terbaik dan mengikut strategi tuan tetapi tidak tahu kenapa, saya rasa bukan kami yang bermasalah, tetapi strategi tuan itu yang kurang strategik.

  “Baiklah, jika begitu. Kamu mainlah sesuka hati kamu. Saya sudah malas,” kata Tuan Kaizar lantas berlalu pergi.

*****

  Separuh masa kedua bermula dengan ketiadaan jurulatih. Masa tamat dan keputusannya, 5-0. Mungkin itu ialah kekalahan paling teruk bagi mereka. Sejak dari hari itu, mereka tidak lagi berjumpa dengan Tuan Kaizar.

 

  Keesokan harinya, mereka menunggu di bilik yang selalu mereka merancang strategi. Mereka semua mencari Tuan Kaizar yang hilang sejak semalam.

  “Saya rasa dia merajuk. Baiklah, kita mulakan strategi yang baru,” kata Ben Persie apabila gagal menemui jurulatihnya. Nampaknya mereka terpaksa bermain tanpa jurulatih

  Perlawanan seterusnya mereka menggunakan strategi mereka sendiri. Mereka berjaya mengalahkan pasukan seterusnya di peringkat suku akhir. Keputusannya 2-1.

  Perlawanan seterusnya agak sengit. Mereka berlawan dengan pasukan DORA W. Tetapi Fendra, kapten pasukan mereka berjaya menjaringkan gol di minit akhir. Mereka berjaya melepasi pusingan separuh akhir dan melayakkan mereka ke pusingan akhir.

*****

  Perlawanan akhir yang dinantikan. Pasukan Aquila FC melawan pasukan bintang dunia, STARS U.F. Separuh masa pertama agak sengit. Keputusannya 0-0. Mereka buntu untuk mencari peluang.

  “Tidak mengapalah! Kita mesti boleh lakukannya! Kita kena buat yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.” Kata-kata semangat yang dari Rozi menaikkan semula semangat mereka.

  “Baiklah! Kita kena buat yang terbaik!” jerit kesemua hidupan laut tersebut. Perlawanan separuh masa kedua bermula. Secara tiba-tiba, muncul sebuah susuk tubuh yang dicari mereka selama ini. Tuan Kaizar!

  Tuan Kaizar pun tanpa membuang masa, memberi strategi yang terbaik bagi pasukannya.

  “Aku pasti mereka akan kalah,” kata seorang lelaki yang tidak tahu mahu menyokong pasukan mana kepada kawannya yang menyokong Aquila FC.

  Perlawanan dimulakan. kedudukan masih lagi 0-0. Tiada sesiapa yang mampu menjaringkan gol sehingga masa tambahan diberikan. Juga tiada sesiapa dapat menjaringkan gol walaupun masa tambahan telah diberikan. Sepakan percuma diberikan untuk mengadili perlawanan.

  Tuan Kaizar mengarahkan Sona mengambil sepakan tersebut. Sona tidak yakin yang dirinya mampu melakukannya. Sepakan dilepaskan. Gol! Pasukan Aquila FC menang!

  Tetapi semuanya musnah apabila Sona bangun dari tidur. Mimpi?

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: