Certot

Lawak Budak Gangster

Hasil nukilan Zubairbaha Basir7 years agoFiksyen

Pada suatu hari, Daniel dan Faiz bergaduh kerana mereka hendak mencuri duit. Badri pun   datang untuk memilih beberapa orang untuk sertainya. 

Tiba-tiba ustaz Amsyar datang dengan keadaan marah. Dia berkata, “Bertaubatlah wahai anak muda.” 

Badri pula berkata, ‘‘Ustaz mahu buat ceramah, pergi masjidlah. Betul tidak kawan-kawan?” 

Mereka semua berkata, “Betul!” 

Ustaz Amsyar sangat marah lalu berkata, ‘‘Kamu ini tidak reti hormat? Bagi silat baru tahu.’‘ 

“Ustaz kalau kuat sangat, mari lawan dengan saya,” kata Badri. 

“Kau cabar aku ya, anak muda. Tunggu kau aku bagi silat  pulut.”

“Pulut bagaimana itu? Mahu suap aku?” kata Badri. 

“Harga pulut itu satu berapa? Aku mahu beli. Laparlah.”

“Kau mahu beli ya? Harga dia tidak mahal sangat. Nah, rasa dahulu.” Ustaz Amsyar terus menumbuk dan menendang Badri.

Dengan secara tiba-tiba Daniel datang untuk menunjuk rambutnya yang botak. Daniel berkata, “Kamu semua cuba tengok rambut aku ini. Lawa, baru potong.” 

Badri tergelak terbahak bahak. 

“Janganlah gelak. Aku mahu baliklah.”

“Daniel, tunggu! Jangan balik seorang. Aku mahu balik juga.” Alif  terus mengikut Daniel balik. Badri insaf kerana di belasah oleh Ustaz Amsyar. Badri terus minta maaf kepada ustaz tersebut.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: