Certot

Ku Mohon Maafmu

Hasil nukilan Nass Aqilah 6 years agoSuperhero

Di dalam kelas, cikgu Liza menyuruh murid-muridnya menceritakan sesuatu berkaitan dengan ibu. Semua murid menurut sahaja sehingga giliran Nadzifah atau lebih mesra dipanggil Nad.

  “Sekarang giliran Nad untuk bercerita. Dipersilakan ke hadapan,” Cikgu Liza mengalu-alukan Nad ke hadapan. Nad hanya menurut kehendak cikgu Liza tanpa membawa apa-apa pun.

  “Mengapa kamu tidak membawa apa-apa?” tanya cikgu Liza pelik sambil memandang muka Nad yang tenang sahaja. 

Cikgu Liza berasa pelik kerana murid-muridnya yang lain membawa kertas atau buku kecuali Nad. Nad hanya menggeleng tanda tidak. Bagi menghormati Nad yang akan bercerita, cikgu Liza memberi laluan untuk Nad tanpa sebarang bantahan.

  “Nama saya Nurul Nadzifah binti Zakarul Hisyam. Untuk pengetahuan semua, saya adalah anak yatim. Sekarang, saya ingin mulakan bercerita ketika, mengapa, dan bagaiman ibu saya meninggal dunia,” kata Nad.

  Nad menelan liur lalu menarik nafas sebelum menghembus sebanyak tiga kali. Murid serta Cikgu Liza yang berada di dalam kelas memandang Nad pelik dengan perbuatannya.

  Baru sahaja cikgu Liza ingin menegur, Nad terus meyambung ceritanya yang berhenti seketika tadi. 

“Sebelum ibu saya meninggal dunia, saya selalu melawan dan tidak dengar cakapnya lalu menengkingnya. Tetapi ibu saya masih boleh tersenyum walaupun perbuatan itu melukai hatinya. Saya tahu hati ibu saya terluka disebabkan saya.” Titisan air mata Nad jatuh ke pipi.

“Paling sedih dan teruk sekali, saya tolak ibu saya tanpa sengaja. Masa itu saya marahkan ibu saya sebab tidak dapat keluar,” sambung Nad dengan nada mendatar. Titisan air mata menitik jatuh ke bawah dengan lebih banyak.

“Mengapa Nad?” tanya cikgu Liza serba salah apabila melihat Nad bercerita sambil menangis.

“Tidak ada apa-apa, cikgu. Biarkan saya tamatkan cerita saya dahulu,” jawab Nad.

“Darah banyak mengalir keluar dari kaki ibu saya. Terkejut saya apabila melihat darah itu lalu saya menelefon ayah saya dan hospital. Ambulans datang lalu mengusung ibu saya ke hospital. Tibanya kami ke sana, ibu dimasukkan ke dalam wad kecemasan.” Nad berhenti daripada membaca seketika bagi menyeka air mata yang sudah banyak mengalir.

  “Kamu mahu tahu apa yang terjadi selepas itu?” tanya Nad kepada kawan-kawannyaa dengan suara sedih. Soalan itu mengejutkan seisi kelas itu.

  Nad tersenyum lalu menyambung ceritanya, “Doktor yang merawat ibu saya keluar dari wad dan berkata kepada kami bahawa keadaan ibu dan bayi di dalam kandungannya lemah. Kami perlu memilih antara ibu dan kandungannya kerana kemungkinan antara mereka akan meninggal dunia. Tetapi kami merayu kepada doktor itu supaya menyelamatkan kedua-duanya. Apa yang akan terjadi, biarlah Tuhan yang tentukan. Kemudian ibu saya dibawa ke bilik pembedahan. Kami terus menunggu sehingga pembedahan selesai. Doktor keluar memberitahu kami bahawa ibu meninggal dunia dan kandungannya dapat diselamatkan.” 

Nad dan seisi kelas sudah mula menangis apabila membayangkan keadaan itu. Sungguh sedih dan memilukan.

“Adik saya yang dapat diselamatkan ditahan kerana tidak cukup bulan. Sekarang dia sudah membesar dan dia mengikut raut wajah ibu. Apabila memandang mukanya, saya teringat tentang ibu yang sudah meninggal dunia dan perbuatan jahat saya pada ibu,” sambungnya dengan esakan.

“Siapa nama adik awak?” tanya Ika dengan matanya yang sembab dan hidung yang memerah kerana menangis mendengar cerita Nad. 

“Nama dia Nurul Na’ilah Syaza. Nama Syaza diambil sempena nama ibu saya iaitu Syaza Ainnur. Saya betul-betul menyesal dengan perbuatan saya terhadap ibu saya dan saya tidak sempat minta maaf dengannya. Saya sangat berharap ibu saya berada dalam golongan orang-orang beriman dan maafkan kesalahan saya terhadapnya. Saya sentiasa berdoa untuk ibu dan saya harap sangat ibu memaafkan saya,” sambung Nad lalu duduk di kerusinya.

‘Harap ibu maafkan Nad,’ harapnya dalam hati.

Tamat sahaja sesi persekolahan, Nad mengemas barangnya sebelum keluar dari kelasnya. 

******

“Nad!” panggil seseorang dari belakang menyebabkan Nad berhenti meneruskan langkahnya lalu menoleh melihat siapa yang memanggilnya. Kelihatan susuk tubuh yang dikenali dengan senyuman terukir di bibir pemilik susuk tubuh itu.

“Mengapa kita ada di sini?” tanya Ika pelik. Ika ialah kawan sekelas Nad dan dialah susuk tubuh yang memanggil Nad tadi. Dia hanya mengikuti langkah Nad dengan berhati-hati. 

“Saya mahu melawat kubur ibu saya,” jawab Nad tenang sambil meneruskan langkahnya ke kubur arwah ibunya. Ika hanya diam sambil mengikuti langkah Nad.

  Langkah mereka terhenti di hadapan sebuah kubur. Nad membentangkan tikar di sebelah kubur itu dan mereka duduk di atas tikar itu. Yassin dihulurkan kepada Ika lalu mereka mula membaca dan berdoa untukarwah ibu Nad.

  Selesai berdoa, Nad mengusap tanah dan batu nisan arwah ibunya dengan lembut sambil berkata, “Ibu, akhirnya Nad sudah cerita semuanya. Nad sudah lepaskan apa yang Nad pendam selama ini. Nad sentiasa doakan untuk ibu. Mohon ibu maafkan segala kesalahan yang Nad buat kepada ibu selama ini. Ibu sentiasa tolong Nad walau apa pun masalahnya. Ibu sentiasa di sisi Nad. Nad menyesal dan insaf apa yang Nad sudah lakukan, tetapi semuanya dah terlambat. Sekiranya Nad dengar cakap ibu dan tidak melawan, mesti ibu ada lagi di dunia ini dengan Nad, ayah, dan adik. Apabila Nad lihat muka adik, Nad teringat ibu dan Nad teringat apa yang Nad lakukan pada ibu. Ini semua salah Nad. Nad redha atas apa ketentuan Allah dan Nad harap ibu maafkan Nad. Itu sahaja.  Walaupun ibu tiada di dunia, tetapi ibu sentiasa di hati Nad walau di mana pun Nad berada. Nad balik rumah dahulu. Assalamualaikum.” 

Ika yang mendengar luahan Nad berasa sedih.

  Nad berdiri lalu menggulung tikar. Kemudian dia melangkah untuk pulang keluar dari pertempatan kubur Islam. Ika mengikut sahaja. Nad memanggilnya. 

“Ya,” jawab Ika sambil memandang Nad.

  “Jangan ikut sikap aku. Sekiranya tidak, kau akan jadi seperti aku. Ibu ialah seorang wanita yang tabah melahirkan kita, membesarkan kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Dia tetap sayang dan maafkan kita walaupun kita sudah sakiti hatinya. Ibu menolong kita, sentiasa berada di sisi kita walau apa pun terjadi dan  sanggup korban nyawa semata-mata untuk melihat kita hidup bahagia. Jadi, kau jangan sakiti hati ibu kau lagi. Kau belum terlambat untuk menggembirakan dan meminta maaf pada ibu kau. Gunalah masa yang ada dan jangan terlambat. Pada aku, ibu adalah superhero pada hati aku sebab jasa dia terlalu banya sehingga kita tidak mampu membalasnya,” nasihat Nad lalu Ika hanya mendengar berasa sedih lalu mengganguk.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: