Certot

Kita Geng!

Hasil nukilan Fein about 8 years agoKembara 12

Pada awal tahun, Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya akan mengadakan hari sukan. Dayana, seorang budak yang amat meminat sukan, amat membenci hari sukan apabila dia di tahap satu. Faham-fahamlah, tahap satu hanya menyertai sukaneka. Apabila demo sukaneka berlangsung, Dayana langsung tidak memandang cikgu yang bersusah payah melalui halangan kayu  limbo demi membuat domo walau dengan sebelah mata pun.

Tapi kini, ada sesuatu yang terbakar di dalam hatinya. Apa yang terbakar adalah lilin semangat untuk bersukan dan menyertai olahraga. Dayana sudah darjah 4! ‘Tiada gelung lagi! Tiada kayu limbo lagi! Tiada kon melepasi halangan lagi!’ Itulah apa yangf ada difikiran Dayana semenjak Januari lagi. Sungguh Dayana gembira hingga tidak ingat dunia. Habis semua adik-beradik dan saudara-maranya dilanggar. Mereka semua dilanggar oleh Dayana yang sedang bersorak bagaikan ahli sorak. Memang nasib adik-beradik Dayana untuk menerima lebam kegembiraan Dayana.

7.00 pagi.

Murid-murid kelihatan seperti semut dari atas kerana barisan yang amat lurus dari hutan bergerak bergerak ke sarangnya. Semut ke hutan untuk mencari makanan yang terletak di kantin. Dan mereka bergerak ke sarang untuk bersiap-siap ke perhimpunan sekolah. Itu sememangnya rutin hidup Dayana cuma dia adalah seorang  manusia. 

Perhimpunan pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.Selesai sesi kelas muzik, seorang pengawas yang naik ke pentas. “Sekarang saya ingin menjemput Guru Besar bagi memberikan laporan. Sekian,” pengawas itu turun dari pentas. Guru Besar memulakan dengan bismillah… ‘‘Pada tahun ini, hari sukan akan diadakan lebih awal. Minggu ini, adalah minggu latihan. Sila hadir

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: