Encik Bulan dan Puan Bulan dikurniakan seorang anak bernama Bulan Sabit. Mak cik dan pak ciknya, Bumi, Musytari, dan Neptun datang melawat.
Pada suatu hari, seekor beruk angkasa bernama The King Of The Kong-Kong hadir bagi mencuri Bulan Sabit. Pada ketika itu, Encik Bulan, Puan Bulan, mak cik dan pak ciknya sedang berbual di ruang tamu. Bumi, mak ciknya menuju ke tandas. Tiba-tiba, Bumi berasa hairan kerana ternampak The King Of The Kong-Kong dengan sebuah beg besar dan kelihatan seperti bergerak-gerak.
Musytari terdengar tangisan seakan Bulan Sabit dan segera pergi ke ruang tamu bagi memberitahu yang lain.
“The King of The Kong-Kong mahu mencuri Bulan Sabit. Mari kejar dan lawan dia,” kata Neptun.
Mereka memancarkan kuasa kepadanya. The King Of Kong-Kong lalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Bulan Sabit cedera parah. Encik Bulan dan Puan Bulan berasa sangat sedih.
*****
Beberapa tahun kemudian, Puan Bulan mengandung lagi dan Bulan Sabit akan mendapat seorang adik. Semua pak cik dan mak ciknya melawat Puan Bulan di Hospital Galaksi. Akan tetapi, Bulan Sabit kelihatan tidak gembira kerana Encik Bulan dan Puan Bulan tidak memberikan sepenuh perhatian kepada Bulan Sabit.
Selepas beberapa hari, Bulan Sabit bertindak melulu membunuh adiknya. Puan Bulan ternampak adik Bulan Sabit berlumuran darah dan Bulan sabit memegang sebilah pisau. Puan Bulan memberitahu Encik Bulan tentang kejadian itu. Encik Bulan dengan segera menelefon doktor untuk datang ke rumah. Doktor tersebut mengesahkan adik Bulan Sabit telah meninggal dunia. Mereka berasa kecewa dan menghalau Bulan Sabit dari rumah.
Bulan Sabit pergi ke galaksi lain yang bernama Galaksi Semesta. Di situ, Bulan Sabit tidak sangka, masih banyak planet tinggal di galaksi itu. Planet-planet di situ semuanya kaya- raya. Mustarid ternampak Bulan Sabit dan bertanya untuk dijadikan sebagai anak angkat. Mustarid merupakan anak jutawan. Bulan Sabit berasa gembira kerana masih ada planet yang hendak menjaganya. Bulan Sabit menceritakan kepada Mustarid apa sebernanya yang berlaku.
*****
Beberapa tahun kemudian, Bulan Sabit telah berusia 20 tahun. Semasa bulan sabit 15 tahun, dia telah terlibat dalam satu kemalangan yang tragis. Disebabkan itu, Bulan Sabit telah hilang ingatan. Bulan Sabit perlu pergi kerja di luar galaksi itu. Dia terlihat sebuah rumah yang dia pernah nampak suatu masa dahulu. Kemudian, Bulan Sabit pengsan. Mak cik dan pak ciknya telah menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan bapanya.
Masa itu, ibu dan bapanya telah ditipu oleh sebuah syarikat. Ibu dan bapanya menjadi pengemis dan lalu meninggal dunia kerana kebuluran. Bulan Sabit terkejut dan berasa sedih. Semenjak hari itu, mak cik dan pak ciknya tinggal bersama Mustarid dan Bulan Sabit. Bulan Sabit berasa insaf dan bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang bahagia.