“Mama, tolonglah benarkan Shia pergi London. Shia baru habis SPM,” rayu Shia kepada Puan Aqeera.
“Tidak! Mama tidak akan benarkan Shia pergi ke London tanpa Bibik Rika,” marah Puan Aqeera.
“Tidak cool mama pergi dengan Bibik Rika. Bibik Rika itu sudahlah bising dengan mulut dia itu,” jawab Shia.
“Keputusan mama muktamad. Mama tidak akan benarkan Shia pergi berseorangan.”
Puan Aqeera terus berlalu dari situ. Malas dia hendak melayan kerana anaknya itu. Selepas Puan Aqeera berlalu, Shia pun berlalu ke biliknya.
Dalam hati Shia berkata, “Mahu atau tidak pergi dengan Bibik Rika? Kalau tidak, aku tidak dapat pergi London.” Itulah pertanyaan dalam hati Shia.
******
Keesokan harinya, Shia pun berjumpa mamanya untuk memberitahu tentang keputusan ke London bersama Bibik Rika.
“Mama, Shia sudah buat keputusan, yang Shia akan pergi ke London bersama Bibik Rika.” Itulah kata kata yang mampu diungkap oleh Shia apabila berhadapan dengan mamanya.
“Baiklah, mama akan menguruskan tiket penerbangan kamu dan Bibik Rika ke London nanti,” jawab Puan Aqeera dengan acuh tidak acuh.
“Maafkan Shia, mama kalau mama terasa dengan Shia semalam,” rayu Shia kepada Puan Aqeera.
“Harap kamu faham dengan tindakan mama. Mama sayang kamu. Mama tidak mahu terjadi apa-apa kepada kamu,” terang Puan Aqeera.
Akhirnya tercapai juga impian Shia ke London