Pada zaman 23 April 2010, Aku bersama rakan-rakan pergi ke Gunung Kinabalu Perjalanan dari Kota kinabalu ke gunung kinabalu mengambil masa dalam tiga jam. Kami dikejutkan oleh pemandu tersebut. Kami terpegun melihat keindahan Gunung kinabalu. Udaranya yang nyaman, mendengar burung berkicauan, dan dipenuhi dengan kabus.
Kami terus ke kaunter untuk mendaftar masuk ke Gunung Kinabalu. Seorang lelaki yang berusia lebih kurang 52 tahun itu sedang menerangkan. Kami masuk ke gunung dengan langkah kaki kanan.
“Aku rasa aku sangat penat,” Zarif mengeluh kepenatan.
“Baru sahaja beberapa minit, engkau sudah penat. Bagaimanalah engkau mahu mendaki gunung jika cepat sangat penat.”
Zariff ini seorang yang amat lemah lembut orangnya. Sebenarnya dia mempunyai penyakit lelah. Dia juga perlu berehat agar dia tidak sesak nafas. Itulah fasal dia agak lemah sahaja.
Aku kini bersana yang lain sedang berada di pertengahan jalan. Bagaikan jika kita kena lagi naik dalam seratus tangga. Lagilah jawabnya aku memang penat.
Semasa kami di sana, tiba-tiba sahaja Mizar pula terjatuh. Semasa dia terjatuh itu, tiba-tiba sahaja batu yang besar seperti gajah itu hampir jatuh ke Mizar. Kami pun cepat-cepat pergi membawa Mizar. Namun, malang tidak berbau. Batu itu telah pun tersekat di kaki Mizar. Bagaimanapun, Mizar seorang yang kuat dan menahan sakit.
“Mizar, bertahan!” Aku memberi semangat kepada Mizar agar dia tidak berputus asa untuk ke puncak gunung. Lalu Mizar bangun dengan bantuan kami.
Kami tinggal lagi berapa puluh meter sahaja mahu sampai ke puncak gunung. Tapi, kaki aku sendiri tidak dapat dikawal kerana kasut aku licin. Aku memang pembuat masalah dan aku terjatuhkan kami semua ke tangga yang di tengah.
“Aku rasa nak balik awal.” Syahmi pula mahu balik.
“Syahmi, never give up on what you do! Come on, you can do it!” Zamin pula menepuk bahu Syahmi dengan kuat..
Kami semua sekuat-kuat hati naik balik. Sehinggalah satu lagi batu itu kami sudah mahu teriak sahaja. Tiba-tiba kami semua berjaya juga sampai ke puncak gunung Kinabalu. Alhamdulilah…
Syahmi mengeluarkan bendera Malaysia. Tiba-tiba wartawan dari semua saluran TV datang. Kami pulang dengan kejayaan masing-masing.
*****
Pada hari Isnin, aku melihat mereka semua menunggu aku di Kafeteria. Tiba-tiba Zamin tersenyum. Zamin mengatakan bahawa kami telah masuk ke surat khabar BH, Metro, dan lain -lain lagi. Tajuknya pelajar-pelajar Universiti UISM pulang dengan kejayaan walaupun berlaku kemalangan kecil. Aku juga sememangnya tidak dapat melupakan kenangan tragedi ini. Inilah kenangan manis tragedi.
‘Kenangan yang amat menyoronokkan!’ desis hati aku.