Nama aku Nur Aurora. Aku berumur 12 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Kejora. Kata orang, ada sebuah kelas yang berhantu di sekolah tersebut. Aku memang tak percaya semua itu. Syirik! Setiap malam kami ada kelas tambahan selepas maghrib.
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aurora pergi ke sekolah dengan rakan rakannya. Ibunya menyuruh Aurora menunggang basikal untuk ke sekolah, tetapi Aurora enggan.
Tiba di sekolah….
“Aurora! Kau nak pergi mana?” soal Mina kepada Aurora.
“Ha? Nak pergi kelaslah! Korang tu nak pergi mana?” balas Aurora. Bukan jalan ke kelas arah ini?
“Aurora! Kau tak tahu ke? Ada kelas berhantu dekat lorong itu! Sebab itulah kami nak lalu jalan belakang. Cerah sikit kalau lorong tu gelap sangat!” terang Airin ketakutan.
“Korang ni! Percaya sangat benda syirik macam tu!” kata Aurora.
*****
Kelas tambahan bermula. Aurora tidak fokus dengan apa yang diajar Cikgu Rosmiza di hadapan. Matanya asyik meliar kearah tingkap di sebelahnya. Ada sebuah kelas tidak jauh dari tingkap Aurora.
“Apa itu?” bisik Aurora perlahan. Ada bayangan hitam seperti sedang terbang.
“Aurora! Apa yang kamu buat itu? Fokus pada saya! Nanti kamu tak dapat format-format yang saya berikan,” tegur cikgu Rosmiza.
Aurora yang tersedar terus terkejut. Bayangan hitam itu pun terus menghilang.
“Min… minta maaf, cikgu!” ucap Aurora.
*****
Kelas tambahan tamat pada pukul 9.30 malam. Cikgu Rosmiza memesan supaya tidak bergerak seorang diri dan perlu bergerak secara berkumpulan atau berteman. “Korang! Tunggu kejap tau! Aku nak pergi tandaslah! Teman aku kejap, Qairin,” kata Aurora. Qairin mengikut dari belakang.
Di tandas….
Aurora keluar dari tandas. Dia mendapati Qairin tidak ada di luar.
“Qairin! Kau ke mana! Qairin!” jerit Aurora hairan. Dia ternampak seseorang sedang berdiri tegak dihadapan kelas 3A3. “Mungkin itu Qairin kot! Qai!” Panggil Aurora. Dia berlari ke arah kelas itu.
“Qairin ke tu? Kenapa kau lari?” jerit Aurora. Pandangannya dialihkan ke kelas sebelahnya. 3A3?
Tiba-tiba satu suara memanggilnya. Aurora… Aurora….
“Ah! Siapa kau? Kau nak apa?” balas Aurora. Dia membaca ayat kursi dalam hati. Suara itu terus berhenti.
Tiba tiba seseorang menyentuh bahunya. “Ah!” jerit Aurora. Qairin rupanya!
“Aurora! Kau buat apa kat sini? Ya Allah! Puas aku cari kau!” kata Qairin.
“Qairin tadi bukan kau duduk kat sini ke?” soal Aurora.
“Ha?Bila masa? Aku masuk tandas juga tadilah! Sakit perut… kau nampak… si… siapa dekat sini?” Qairin ketakutan.
“Dahla! Jom! Kesian kawan kawan tunggu kita dekat sana,” kata Aurora menukar topik.
*****
Keesokkan harinya di sekolah… waktu rehat.
Aurora bercadang hendak menyiasat kelas 3A3. Dia pergi ke kelas tersebut.
“Aku perlu pastikan kelas itu berhantu atau tak?” kata Aurora kepada dirinya sendiri dengan yakin.
Muncul Fasha, juga ahli kumpulannya.“Aurora! Opps! Kau buat apa kat sini?” soal Fasha.
Aurora terkejut.“Fasha! Erk! Aku? Aku saja jalan jalan dekat sini. Kau?” balas Aurora.
“Aku pun samalah dengan kau. Tak apalah, aku pergi dulu ya,” kata Fasha.
Mereka berdua menuju ke jalan yang sama. Jalan kearah kelas 3A3.
“Kau nak siasat kelas 3A3 eh?” kata mereka berdua serentak.
“Ha? Oh… aku memang nak siasat kelas itu sebab aku kena ganggu semalam,” terang Aurora.
“Samalah,Aurora! Jom kita pergi sama-sama. Kita bongkarkan rahsia kelas tu!” ajak Fasha. Aurora mengangguk.
Bismillahirahmanirrahim. Dengan lafaz bismillah mereka berdua masuk k edalam kelas tersebut.
“Aku check dekat belakang, ya,” kata Aurora. Dia menuju ke sebuah almari. Dia membuka almari tersebut.
“Eeeii! Berhabuklah!” rungut Aurora. Banyak kertas periksa di dalam almari tersebut. Dia terjumpa banyak kertas periksa Daniel Mikael. Semuanya 0!
“Fasha! Mari sini kejap,” kata Aurora.
Fasha berlari kearah Aurora.“Daniel Mikael?” kata Fasha dengan kuat.
Aurora menekup mulutnya. Takut didengar orang ramai. Mereka menggeledah lagi kelas itu. Bermacam-macam benda yang pelik dijumpai. Gambar gambar budak itu pun dijumpai.
Fasha dan Aurora melaporkan kepada guru besar. Kelas itu dicuci dan barang barangan Daniel Mikael semuanya dibuang. Fasha dan Aurora turut menolong. Tiba-tiba Fasha menjerit.
“Fasha! Kenapa dengan kau!” soal Aurora. Wajah Fasha terus pucat.
“Darah!” kata Fasha.
Encik Akmal, guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Kejora terus berlari ke arah mereka berdua.
“Subhanalllah! Kita perlu cuci darah ini! Pak Sham! Tolong cuci darah ini,” kata Encik Akmal risau.
*****
Semua pelajar pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Kejora berkumpul di dewan terbuka. Mereka mengadakn bacaan Yassin dan sebagainya.
Setelah seminggu kelas itu kembali pulih seperti biasa. Tiada lagi gangguan di sekolah itu. Kelas itu dijadikan tempat untuk study khas buat murid tahun enam.