Certot

Kawan

Hasil nukilan Ainin Kein 2 years agoFiksyen 4

“Manalah pergi si Julie ini. Aku sudah sakit kaki tunggu dia. Dia ingat aku ini tunggul kayu? Aku masuk ke sekolah dahululah.” Nana berjalan masuk ke pagar sekolah. Dengan tidak sengaja,dia terlanggar seorang budak lelaki. 

“Ops, sorry. Tidak sengaja. Kau okey?” Nana bertanya. 

“Tidak mengapa. Aku masih hidup lagi. Nama aku Adam. Aku pelajar baru.B oleh kau tunjukkan kelas tingkatan 4 Cerdas?” Adam bertanya. 

“Oh, itu kelas aku. Aku Rina, tetapi kau boleh panggil aku Nana,” Nana memperkenalkan dirinya.

Mereka berdua masuk ke kelas 4 Cerdas. Nana terkejut apabila Julie berada dalam kelas. 

“Juliana! Kau tidak cakap pada aku yang kau sudah masuk kelas. Bukankah kau sendiri suruh aku tunggu depan pintu pagar sekolah?” Nana mula mengamuk. 

“Alah, aku terlupa. Maafah,“Julie meminta maaf. 

“Siapa ini?” Julie bertanya. 

“Hai, saya Adam. Saya pelajar baru di sekolah ini. Selamat berkenalan,” Adam memperkenalkan dirinya. 

“Saya Juliana. Harap dapat berkawan lebih rapat dengan awak.”

*****

Seperti yang Julie katakan, mereka memang berkawan rapat. Namun, bukan dengan Nana. Mereka sangat rapat sehingga Nana disisihkan. Nana amat sedih sekali. Beberapa bulan selepas itu, seorang pelajar pertukaran dari Jepun ditukarkan ke kelas Nana. Namanya Atsuko. Nana dan Atsuko amat rapat. Namun, ada satu rahsia yang disimpan oleh Nana.

*****

Beberapa tahun selepas itu.

“Kami tidak dapat selamatkan anak puan. Kami minta maaf. Dia mengambil ubat dengan dos yang terlalu banyak,” doktor menjelaskan perkara tersebut pada Puan Rohana.

“Puan,” Atsuko bersuara.

“Ya. Ada apa Atsuko?” Puan Rohana bersuara sebak. 

“Nana ada beritahu pada saya satu rahsianya,” jawab Atsuko. 

“Rahsia? Rahsia apa?” Puan Rohana bertanya. 

“Dia cakap dia mengalami kemurungan. Dia rindukan kawan dia, Julie. Dia berharap puan dapat berjumpa dengan Julie dan memaklumkan kepada Julie yang dia sudah tiada.” Atsuko seakan tidak mahu memberitahu tentang itu.

Puan Rohana terduduk di atas lantai. Dia menyesal kerana tidak pernah mengambil tahu perasaan Nana. Dia pulang ke rumah dan berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa Nana dan merahmatinya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: