Certot

Kasih Ibu

Hasil nukilan Kaelyn 7 years agoFiksyen 24

Pada malam itu, Hani bertengkar dengan ibunya. Selapas pentengkaran, Hani terus keluar dari rumah. Hani berjalan ke sana dan ke sini. Lama Hani berjalan tiba-tiba Hani ternampak sebuah kedai makan. Hani berjalan ke arah kedai makan itu. Baru sahaja Hani mahu melangkah masuk ke dalam kedai makan tersebut, pergerakan Hani terus terhenti apabila Hani baru teringat yang dia tidak membawa wang. Dia berasa sangat lapar, tetapi ditahannya.

Hani berdiri di hadapan kedai makan itu.   Beberapa minit kemudian, pemilik kedai tersebut ternampak Hani berdiri di hadapan kedainya. Pemilik kedai yang bernama Suria itu berjalan ke arah Hani. 

“Kenapa adik tidak masuk dalam? Kenapa adik berdiri di luar waktu malam begini?” tanya Puan Suria. 

“Saya nak makan, tetapi saya terlupa nak bawa duit,” kata Hani dalam malu-malu. 

“Ooo… begitu. Jom la kita masuk dalam, mak cik belanja,” kata Puan Suria. 

“Terima kasih,” ucap Hani kepada Puan Suria. 

Hani memasuki kedai itu. Hani duduk di tempat kosong lalu memesan bihun goreng. Selesai makan Hani pun duduk sahaja di situ sambil termenung.

Puan Suria berasa hairan. “Kenapa adik tak balik rumah adik?” tanya Puan Suria. 

Hani yang baru tersedar daripada lamunanya terus melatah. Puan Suria barasa geli hati melihat telatah Hani. 

“Ops! Sorry,” kata Hani dengan malu-malu. “Ermm saya tak nak balik kerana saya bergaduh dengan ibu saya,” kata Hani dengan perasaan yang sedih. 

“Adik tidak boleh begitu. Adik perlu ingat jasa ibu kepada kita. Ibulah yang membesarkan kita. Ibu juga yang menjaga kita dari kita kecil sampai besar. Jadi mak cik nak adik balik rumah, cium tangan ibu dan meminta maaf pada ibu adik,” kata Puan Suria. 

Hanis diam. Dia berfikir sejenak. Kemudian,dia terus mengucap terima kasih kepada Puan Suria lalu meminta diri.

Dalam perjalanan balik ke rumah, Hani memikirkan kata-kata yang terbaik untuk diucapkan kepada ibunya nanti. Sampai sahaja di rumah Hani terus mengetuk pintu. Puan Rohayu pun membuka pintu. Apabila Puan Rohayu melihat anaknya sedang berdiri di hadapan pintu, Puan Rohayu terus menangis lalu memeluk erat anaknya. 

 “Jom kita masuk, sayang. Ibu dah sediakan makan malam yang paling istimewa untuk Hani,” kata Puan Rohayu. 

Hani tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis teresak-esak. Puan Rohayu dan Hani pun masuk ke dalam rumah. Akhirnya, Hani dan Puan Rohayu hidup aman dan bahagia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: