Certot

Jejaka Itu Ayahku

Hasil nukilan E_man AliFFa about 4 years agoSuperhero

Malik merupakan kanak-kanak biasa yang mempunyai keluarga bahagia. Namun apabila dia menginjak dewasa, perilakunya menjadi kasar dan derhaka. Malik memandang ayahnya hanya dengan sebelah mata. Dengan penat lelah ayahnya mencari nafkah untuk menampumg keluarga, semuanya tidak memberi sebarang kesan dan makna pada Malik. Malik merasakan pekerjaan ayahnya sebagai pemungut sampah itu menjijikkan. Dia rimas dengan bau sampah yang memang sinonim dengan kerjaya ayahnya. 

Malik cemburu dengan pekerjaan ayah rakan-rakannya.Dia malu apabila sering diperlekehkan.Dia sudah serik hidup miskin dan dikelilingi dengan bauan tidak enak. Serabut apabila diingatkan kisah silamnya. Kini Malik hidup bahagia bertemankan wang yang entah dari mana asal usulnya. Habis ditinggalkan sisa pahit kepada ibu dan ayahnya.

Hinggalah satu hari, ibu Malik mengerang kesakitan kerana menghidap kanser usus tahap empat. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. Ibu Malik bertambah sakit apabila mengingatkan kenangan manis mengandungkan Malik selama sembilan bulan. Air mata bercucuran jatuh dan mengalir deras. Walaupun anaknya gila harta, dia tetap memaafkan Malik. Cukuplah dia seorang sahaja yang merana kesakitan. Ayah Malik buntu mencari cara untuk merawat isterinya. Mahu ke hospital, pasti kos rawatannya tinggi melambung. 

Ibu Malik mengusap lembut tangan suaminya dan berkata, “Jangan risaukan saya, cukuplah hayat saya ini. Saya sudah tidak tahan merana. Saya pergi dahulu.” Lembut sahaja suara ibundanya Malik. Ayatnya disusun rapi supaya suaminya tidak terguris hati.

Masanya sudah tiba,ibu Malik menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang. Suasana pada hari itu sejuk sekali. Awan mendung menandakan hari hendak hujan. Nampaknya, bumi juga menangisi pemergian ibu Malik, wanita sopan dan cantik. Tidak pernah mengungkapkan kata-kata kesat. Ayah Malik segera melangsungkan pengkebumian isterinya. Ditatap muka isterinya, dahulu kenangan pahit atau manis, isterinya sentiasa di sisinya. Tetapi sekarang, orang tersayang meninggalkannya. Sedih tidak terkata. Ayah Malik atau namanya Jamal telah menghubungi anaknya Malik berkali-kali, tetapi tiada sesiapa yang mengangkat gagang telefon. Entah mengapa sikap anaknya itu lebih sadis daripada pemergian isterinya.

*****

Tangisan demi tangisan. Mata Jamal mula membengkak kerana sering menangis. Dia tetap memberi wang pada anaknya dengan cara mengepos. Walaupun anaknya kaya-raya, dia tetap melangsaikan tanggungjawabnya hingga akhir hayat.

Pagi itu, cukuplah Jamal mengalas perut dengan sekeping roti Gardenia dengan secawan air putih yang tawar rasanya. Dia sudah tidak berupaya menelan makanan itu lagi. Tetapi apabila diingatkan anaknya dia tetap bersyukur dengan tuhan.

Tepat pukul 8.00 pagi, dia segera memungut sampah dengan rakan warga asing yang lain. Walaupun rakannya warga asing, mereka semua mempunyai hati yang murni dan suci. Sentiasa menunaikan solat lima waktu, tidak pernah tinggal.

Lainlah dari anaknya, Malik.Tidak pernah terbit niat di hati mahu berhijrah menjadi muslim sejati. Ada sahaja rencana menyakitkan hati orang. Ibu bapanya sendiri tidak dilayannya. Hingga kini, berita kematian ibunya masih belum diketahui. Dianggap keluarganya itu tidak memberi sebarang insiatif padanya. Baginya keluarga seperti itu patut dibuang jauh-jauh.

“Keluarga bahagia konon.” Itulah respon Malik terhadap keluarganya. Dipandang acuh tidak acuh sahaja.

*****

Selepas empat tahun berlalu,Kerjaya Malik sebagai pengeluar produk tidak rasmi musnah apabila produknya dirampas dan di isytihar muflis. Perjalanan hidupnya kini huru-hara. Ini semua balasan atas perbuatan kejinya dahulu. Tuhan telah memberi balasan setimpal padanya. Dia kehilangan semua harta. Hidupnya kini tidak ada makna. Dia pulang ke kampung untuk menjenguk keluarganya, tetapi rumah itu kosong tanpa penghuni. Apabila ditanya jirannya.Dia terkejut besar.

“Ibu sudah tiada? Ibuku sudah tiada? Aku sesal!” 

Kata-katanya itu disambung dengan tangisan sesal olehnya. Dia tidak pernah tahu pun ibu kesayangan menghidap kanser usus. Dia menyalahkan diri sehabis boleh. Malik sedar yang dia manusia keji.

“Aku kotor! Aku jijik! Aku keji!” katanya sendirian. Dia mengelamun jauh. Terlupa pula akan ayahnya. Dahulu,dia malas mahu melayan ayahnya kerana dia rasa yang ayahnya tidak memberi kesan dalam pembesarannya. Sedangkan ayahnya terpaksa berhempas pulas mencari nafkah.

“Adakah ayahku masih ada?” kata Malik perlahan. Dia harap jawapan itu memberi harapan kepadanya. Kalau boleh dia mahu jawapannya ya dan bukan sebaliknya.

“Ada. Dia mungkin sedang bekerja sekarang,” kata jirannya ringkas.

Alhamdullilah! Dia masih sempat memohon ampun kepada ayahnya.

“Syukur!”

Dia segera membuka langkah seribu ke area  yang memang sudah menjadi tempat tetap ayahnya memungut sampah.

Kelihatan jejaka tua memungut segala sampah di tengah jalan yang agak sunyi. Dilihat tangannya terdapat parut yang mempunyai 1001 rahsia. Yang pasti itu Jamal, ayahnya Malik.

“Ayah!” jerit Malik.

Jamal menoleh ke belakang dan berdiri kaku. Mulutnya mengukir senyuman. Ditatapnya wajah itu, memang sangat dikenali. Itulah anak tunggal kesayangannya, Malik.

Jamal cuba melangkah tetapi ajalnya sudah memintas. Lori sebesar enam kaki meluru laju ke arah Jamal.

Pang! Dentuman bergema. Jasad Jamal melambung ke sisi jalan. Malik berlari mendapatkan ayahnya. Dia berharap agar ayahnya masih panjang umur. Tetapi nasib tidak menyebelahi Malik.Tuhan lebih sayangkan ayahnya. Sekujur tubuh iaitu ayahnya kaku tanpa detupan jantung. Kaki Malik seolah-olah lemah dan Malik rebah mencium jalan bertatahkan tar.

*****

Mata Malik perlahan-lahan dibuka. Apa yang dia ingat hanyalah pemergian ibu dan tragedi yang menimpa ayahnya. Dilihatnya sekeliling, dia kini berada di hospital.S egala wayar dibadan ditariknya. Dengan langkah lemah longlai dia menuju ke arah bilik mayat yang menempatkan jasad manusia yang tidak bernyawa. Jururawat yang menyedari tindakan Malik bergegas menghalangnya. Namun semangat Malik berkobar-kobar mahu berjumpa jasad ayah tersayang.

Tiba di depan bilik mayat. Dia menitiskan air mata. Tidak sanggup mahu menatap wajah orang kesayangan yang dikhianati. Dibukanya kain yang menyelubungi mayat itu. Ayahnya bagaikan manusia yang masih hidup. Jasadnya masih mengukir senyuman. Tiada cacat cela di badan. Walaupun dilanggar kuat hingga melambung. Jasadnya tetap sempurna. Dia menyesal dengan tindakannya. Dia sanggup bertukar nyawa dengan ayahnya. Biarlah dia yang merana. Tetapi tragedi itu berlaku sepantas kilat. Dia tidak pernah menyangka kejadian itu berlaku di depan matanya.

Perlahan Malik berkata pada jasad ayahnya.

 “Jejaka hebat itu ayahku.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: