Certot

Jangan Pandang Rendah

Hasil nukilan Naufal 5 B 7 years agoFiksyen 3


Namaku Nur Melur Mawar binti Abdul Aziz  seorang murid yang pintar dan juga seorang amat ceria. Tetapi, walaupun dia memang amat pintar. Dia amat sombong dan suka merendah diri terhadap orang lain. Dia juga selalu digelar bunga dedap. Mukanya cantik, tetapi tiada nilai murni.

Pada Suatu hari, Melur mendapat nombor satu di dalam kelas. Dia pula gembira, tetapi rakan karibnya, Mila mendapat nombor yang terakhir. Dia pula tergelak kepada Mila. Mila pula mukanya merah dan kelihatan air mata membasihi pipinya.

‘Apalah Mila, baik aku tidak kawan dengan kau,’ desis hati Melur yang mencaci Mila dalam hati.

Ketika sampai di rumah, Melur sempat menyanyi kerana seronok mahu memberitahu keputusannya itu kepada mama dan papanya. Dia sememangnya anak tunggal dan selalu dimanjihi oleh ayahnya. Dia boleh mendapat apa sahaja.

“Mama, saya ada kejutan untuk mama.” Bukan main teruja lagi Melur.

“Kejutan apa?” ibunya menggaru kepala yang tidak berasa gatal.

“Melur dapat nombor satu lagi tahun ini!” Melur pula melompat-lompat riang sambil memberitahu ibunya.

“Awesome!” Ibunya pula tersenyum sehingga ternampak lesung pipit. Ibunya mengusap kepalanya. 

Tiba-tiba sahaja papanya, Encik Zarif datang mengusiknya. “Amboi, apa dua beranak ini buat di dapur?” 

“Melur dapat nombor satu.” Ibunya menjelaskan.

“Betulkah?”

“Ya!”

“Jadi, tahun ini tiadalah hadiah untuk Melur. Nanti buat papa jadi miskin,” Encik Zarif mengusiknya.

Muka Melur bermuram durja.

“Gurau sahaja,” Encik Arif memujuk anaknya.

******

2 tahun berlalu….

Pada tahun ini, Melur akan mengambil SPM. Dia pula sememangnya gementar. Dia berdoa yang dia cemerlang. Di dalam dewan itu, terdapat ramai pelajar yang akan mengambil SPM.

“Murid-murid, kamu semua boleh menjawab sekarang.” 

“Mila, susah tidak soalan tadi?” Melur bertanya kepada Mila.

“Memang susah!”

“Ya, benar.”

“Awak kata semuanya senang,” pelawa Mila.

“Mana ada!” 

******

Hari ini, keputusan SPM telah pun keluar, Mila dan Melur gementar bagi mengambil keputusan itu. Mereka melihat di papan tanda putih itu dengan nombor. Akhirnya, kawan karib Melur, Mila mendapat 18A. Manakala Melur pula telah mendapat 17A. Melur pula sudah tahu. Jangan sesekalipun kita merendah diri terhadap orang lain. Inilah jadinya seperti Melur.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: