Namaku Nur Izatty Binti Izwan. Aku berumur 10 tahun. Aku merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Aku mempunyai dua orang kakak kembar berumur 12 tahun, iaitu Izzah dan Izlya. Aku juga mempunyai seorang adik yang masih bayi.
Setiap hari aku terpaksa menunggu kakak kembarku selesai kelas tambahan mereka. Aku terpaksa menunggu.
Pada suatu hari, aku bercadang untuk pulang ke rumah bersendirian. Mula-mulanya ibu bapaku tidak bersetuju. Tetapi setelah berkali-kali memujuk, akhirnya mereka membenarkan.
Dalam perjalanan pulang, aku merasakan seperti ada seorang pemuda yang mengekori aku dari belakang. Aku berasa sgt cemas, aku berlari sepantas kilat. Namun semakin lama, pemuda itu semakin hampir denganku. Aku berdoa kepada Tuhan agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Akhirnya aku selamat tiba di rumah. Aku menceritakan tentang kejadian tadi kepada ibubapaku.
Sejak hari itu, aku tidak lagi berjalan pulang ke rumah bersendirian. Aku menunggu kakak kembarku sehingga kelas tambahan mereka selesai.