Certot

Iri Hati

Hasil nukilan Naufal 5 B 7 years agoFiksyen 1

Nurin nur Raihana. Seorang pelajar yang pintar dan selalu mendapat nombor satu. Apabila kedatangan pelajar baru yang bernama Minhalina. Hidupnya pula memang selalu mendapat nombor dua. Dia pula selalu iri hati terhadapnya.

Apa? Keputusan ujian saya hanya dapat 6A1B?” Seorang remaja perempuan itu menjerit.

“Ya, memang kamu dapat 6A1B dan kamu mendapat nombor dua di dalam kelas kita,” jelas cikgu Suzy.

“Habis itu, siapa dapat nombor satu?” 

“Orang yang mendapat nombor satu adalah Minhalina. Dia dapat A dalam semua mata pelajaran.”

“Tahniah, Minhalina.” Ramah cikgu Suzy.

“Terima kasih, Cikgu Suzy.”

Nurin pula menjeling mata tajam  ke arah Minhalina. Dia sememangnya cukup benci bila ada orang yang lebih pandai daripadanya. Tidak kisalah kokurilum. Nurin mahukan dia sahaja yang pintar.

“Wah, kau nampak budak baru itu memang dia pandai. Sudahlah cantik, pintar pula orangnya.”

“Yang engkau puji-puji dia sangat itu, kenapa?” Nurin pula suaranya menjadi garau seperti lelaki.

“Yang kau mahu cemburu dengan dia sangat, kenapa Nurin?”

“Mana ada!”

“Yalah itu.”

“Sudahlah, mari kita pergi beli nasi lauk ikan itu. Nanti kalau, habis rugi pula. Sebab Cik Maya buat ikan dia memang sedap betul.”

******

Di dalam bilik, kelihatan Nurin sedang menyemak kertas Sains yang mendapat B+. 

“Ala… memang rugi, lagi satu markah aku boleh sama dengan si budak Minhalina itu. Soalan berkenaan haiwan sahaja sudah salah.”

“Nanti, kau Minhalina! Dendam aku untuk kau akan juga dibalas. Tunggu sahaja bila-bila masa.” Nurin ketawa jahat.

******

Semasa di perpustakaan, dia sedang mencari buku yang dibacanya iaitu buku kegemarannya, Harry Potter. Tiba-tiba sahaja buku itu mahu sahaja diambil dia telah diambil oleh Minhalina. Nurin pula menggenggam tangannya yang mahu menumbuk pipi Minhalina yang tembam itu.

‘Minhalina, engkau memang buat aku tidak tahan sabar lagi!’ desis hati Nurin yang betul-betul naik darah.

Sewaktu waktu pelajaran Bahasa Melayu. Mereka diarahkan oleh Cikgu Rosleen untuk ke bilik komputer. Tiba-tiba sahaja Nurin memandang kiri dan kanan agar orang tidak melihatnya. Dia memasuk ke kelas dan dia mengambil botol Ogy dan meletakkannya di dalam beg Minhalina.

Apa yang tidak disedari, sebenarnya CCTV yang berdekatan dengan kelas sebelah telah merakam reaksi Nurin tadi.

Apabila mereka telah masuk ke kelas, tiba-tiba sahaja Ogy menangis yang berkata botol airnya yang mahal dari London itu pun hilang. Cikgu Koomala mengarahkan mereka menyuruh membuat pemeriksaan. Tiba-tiba sahaja Ogy menjerit yang botolnya dijumpai di dalam beg Minhalina.

“Minhalina, awak curinya.” Kelihatan Ogy amat marah kepadanya yang muka Minhalina bermuram durja.

“Minhalina, mari ikut saya pergi ke pejabat.” Cikgu Koomala memegang bahu Minhalina dengan erat dan membawanya ke pejabat untuk berjumpa dengan guru disiplin.

Apabila waktu rehat, Nurin melompat-lompat dan sempat menyanyi lagi.

“Lalala….”

“Mengapa awak seronok pula?”  Mila pula pelik dengan perlakuan Nurin dari tadi menyanyi.

‘Bagus… Minhalina padan muka!’ desis hati Nurin.

“Nurin, sila ikut kami ke pejabat sekarang. Puan Anidah mahu berjumpa dengan engkau sekarang.”

“Mengapa?”

“Banyak tanya pula, ikut sahajalah baru awak tahu apa Cikgu Anidah mahu bagitau pada awak.”

*****

Di dalam pejabat….

“Saya dapat mengetahui bahawa awak meletakkan botol Ogy di dalam beg Minhalina. Betul, bukan?” Reaksi wajah puan Anidah seperti harimau.

“Ya.” Nurin pula menelan liur. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Kali ini, saya memaafkan awak. Jika saya tahu lagi perkara ini berlaku saya akan gantung sekolah awak selama satu bulan. Biar awak terperap di rumah.”

“Baiklah, cikgu.”

“Minhalina, saya minta maaf.”

“Tidak mengapa, lagipun kita kawan.”

******

“Kawan-kawan, apa kata nanti kita pergi Mid Valley?”

“Amboi, banyaknya duit awak,” ujar Minhalina.

Lama-kelamaan Minhalina, Nurin, Mila menjadi rakan terbaik dan berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: