Certot

Ibuku Superhero

Hasil nukilan Mirza 3 years agoSuperhero

       

  Namaku Aiman Aizad bin Ahmed, berumur 12 tahun. Aku lahir dalam keluarga yang kaya-raya. Setiap hari aku akan berhibur sahaja. Bermain game, dengar IPod, baca komik, dan bermain Facebook. Itulah kerjaku. Mudah kata, hidupku lengkap dan sempurna. Kecuali satu, fakta yang akuu tidak dapat nafikan, aku lemah dalam pelajaan. Tetapi aku tidak pernah ambil kisah kerana ibu dan ayah pun tidak pernah tanya. Tetapi bulan bukan sentiasa penuh.

“Aiman! Mari ke sini,” panggil ibuku.

“Ya, ibu.” Ketika itu hatiku berdegup kencang. ‘Tiba-tiba aku dapat firasat buruk.’

“Aiman, bagaimana dengan keputusan ujian kamu? Boleh ibu lihat?” soal ibuku.

“Nanti ya ibu, Aiman pergi ambilkan.” Baru selangkah….

“Hmm… ini dia,”

“Dari mana ibu dapat benda itu?” soalku.

“Mengapa tiada A dan mengapada ada satu E?” soal ibuku tegas.

“Ibu telah bungkuskan mainan kamu di dalam kotak itu. Jikalau ujian sebenar UPSR kamu main-main, ibu tidak akan pulangkannya,” sambungnya panjang lebar.

  Sejak itu aku belajar bersungguh-sungguh walaupun susah untuk biasakan.

*****

Suatu hari aku terserempak dengan seorang budak bernama Leila. Katanya dia adalah murid cemerlang 6A UPSR tahun lalu. Leila kata dia mahu bantu aku peroleh 6A dalam UPSR. Setiap hari kami mengulang kaji di rumah aku.

  Ketika ujian UPSR, aku rasa amat mudah menjawab kertas soalan. Aku rasa tidak sia-sia berkawan dengan Leila.

  Waktu hendak mengambil keputusan peperiksaan aku teringatkan ibuku. Hatiku berdegup kencang.

“Cikgu, boleh saya ambil keputusan?” aku bertanya pada guru kelasku.

KRING! KRING!

Nada panggilan Cikgu Azhar kedengaran.

  “Helo, siapa dalam talian?” soal cikgu.

  “Apa? Kami akan ke sana segera.” Cikgu Azhar menarikku masuk ke dalam keretanya.

  “Cikgu, apa yang sudah terjadi? Mengapa saya perlu ikut?” aku bertanya dengan nada cemas.

  “Ibu kamu terlibat dalam kemalangan,” jawabnya dengan nada cemas.

“Cikgu ada bawa keputusan itu sekali?” aku cuba bertanya.

“Ibu kamu sedang terlantang di hospital!” marah cikgu itu.

  Aku menangis dan berdoa pada Allah, moga ibuku selamat dalam kemalangan. Ketika itu, aku tidak habis-habis berdoa. Sungguh risau dibuatnya. 

Tiba di pintu, tertera nama ibuku, Sumaiyah Aleila. Ketika menuju ke katil, riak wajahku berubah. Adakah itu Leila? Dia berpakaian sekolah menengah.

“Cikgu, kita salah biliklah,” beritahuku.

Tiba-tiba Leila memanggil, “Aizad, Aizad, mari sini.” 

Aku patuh. “Ya, Leila,”

Tada!,” jerit Leila. Sungguh terkejut apabila Leila memegang keputusanku.

“Dari mana kamu dapat itu?” Tiba-tiba ayah merenjis sedikit air di muka ibu dan lapkannya.

“Awak boleh buka tudung sekolah awak,” beritahu ayah. Ketika Leila membuka tudung, aku tersedar tudung dalamnya seperti tudung shawl dua muka kegemaran ibu.

“Kamu tidak kenal ibu?”Soal Leila.

“Ibu adalah Leila? Leila, hero Aiman itu?” aku bertanya.

“Leila memang ibu pun. Sumaiyah Aleila. Ingat?” terang ibu.

“Ya Allah! Rupa-rupanya ibuku adalah heroku.”

“Ibu bangga dengan keputusan kamu, 6A itu.”

  Alhamdulillah cita-citaku untuk mendapat 6A tercapai juga akhirnya. Baru kusedar selama ini Leila bukan heroku, tetapi ibuku heroku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: