Certot

Ibu Saya ialah Super Mirah

Hasil nukilan I-man 6 years agoSuperhero

         

Pagi yang indah, Mirah bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah

“Saya pergi dahulu ya, emak. Assalamualaikum,” kata Mirah kepada emaknya.

Lalu emaknya menjawab, “Waalaikumussalam. Jaga diri baik-bai.”

Lalu saya terus mengayuh basikal secepat yang boleh.

*****

Apabila sampai ke sekolah.

“Assalamualaikum,” kata kawan baik Mirah iaitu Faridah.

“Waalaikummussalam Faridah,” Mirah menjawab salam Faridah itu.

Sebaik shaaja duduk di kerusi masing-masing cikgu pun mula mengajar. Selepas habis kelas, mereka berdua terus ke kelas 5 Kuning, kerana mereka ada kawan di kelas 5 kuning yang bernama Sarah. Selepas berjumpa dengan Sarah mereka bertiga berjalan menuju ke Kantin.

“Awak berdua mahu makan apa? Saya belanja,” kata Sarah.

“Wah, banyak duit awak Sarah! Sampai boleh belanja tiga orang makan,” kata Mirah.

Sarah menjawab, “Nana ada saya belanja tiga orang? Saya cuma mahu belanja awak berdua sahaja,” kata Sarah kepada Mirah.

Mira menjawab, “Jadi, adik awak nak makan apa?”

“Oh, adik saya ada duit sendiri,” jawab Sarah.

Faridah berkata, “Kami berdua mahu makan mihun. Boleh?”

“Boleh,” jawab Sarah. 

*****

selepas mereka bertiga sudah habis makan, mereka berjalan di Koridor dan menuju ke kelas masing-masing semula. Selepas habis sekolah Sarah ke kelas melukis, Faridah pula ke kelas catur dan Mirah pula ke kelas seni mempertahankan diri.

Selepas tamat kelas masing-masing, mereka bertiga mengambil basikal mereka lalu mengayuh Dengan perlahan. Apabila sampai di satu lorong….

“Aduh! siapa yang baling batu ini?” teriak Faridah.

Mereka pun berhenti mengayuh bagi mecari siapa yang membaling batu itu pada Faridah. Tiba-tiba mucul satu suara dari semak di tepi mereka.

“Aku yang baling batu itu!” Rupa-rupanya yang membaling batu itu ialah Fauzi, Rahman dan Ikmal. Mereka bertiga memang budak nakal di sekolah mereka.

“Mengapa awak baling batu itu pada saya?” marah Faridah kepada tiga budak nakal itu.

Ikmal pun menjawab, “Kami bukan mahu baling pada awaklah. Kami mahu baling pada kucing di belakang itu.”

kemudian Sarah berkata, “Baling pada orang atau kucing tidak boleh juga, sakitlah dia nanti.’’

“Betul cakap kakak. Mana boleh baling batu pada kucing itu. Kasihan dia,” kata adik Sarah iaitu Mia

“Sibuklah budak kecil ini,” kata Fauzi.

Sedang mereka semua sedang bertikam lidah, Mirah mendapat idea lalu berkata, “Kawan-kawan, marilah kita balik. Tidak guna pun kita bergaduh.”

“Betul itu. Baik awak semua balik sekarang. Mengacau sahaja. Kalau tolong tangkapkan tidak mengapa. Ini tolong membebel,” Rahman berkat.

Kemudian Sarah, Faridah, Mia, dan Mirah pun mengayuh .

“Rahman, kau pergi cari kucing itu!” kata Fauzi.

“Baik bos. Eh kucing itu sudah hilanglah.”

“Aduh, hilang pula!”

Ketika sedang mengayuh basikal, Mirah berkata, “Kita singgah di Taman permainan dahulu ya.’’

Mereka betiga berkata, “Baik!’’

kemudian mereka berhenti di satu Taman permainan.

Sarah berkata, “Awak mahu buat apa di sini?’’

Mirah menjawab, “saya mahu tanya awak berdua siapa yang mahu bela kucing ini.’’

Mirah mengeluarkan kucing yang diburu oleh ketiga-tiga budak lelaki itu tadi.

Faridah dan Sarah terkejut dan berkata, “Awak letak kucing ini di dalam beg awak!’’

Mirah menjawab, “Ya! Saya tengok semasa awak semua sedang bergaduh, kucing ini tidak melarikan diri kerana sangat takut. Jadi saya letakkannya di dalam beg saya dan panggil awak semua untuk balik kerana takut diketahui mereka.”

“Nanti saya tanya ibu dan ayah saya,” jawab Sarah

“Saya pun sama,’’Faridah menjawab.

*****

Apabila sampai dirumah,.

“Assalamualaikum emak. Saya sudah balik.”

“yYeah, kakak sudah balik!” adik kembarnya melompat ke arah Mirah kerana sangat gembira, sampai terjatuh Mirah dibuatnya.

“Waalaikumussalam, lambat kamu balik Mirah,” jawab emaknya dari dapur.

Mira menjawab, “Saya ada hal sedikit tadi.”

Kemudian emaknya datang dan duduk di ruang tamu. Tiga beradik itu juga duduk di ruang tamu.

“Emak, bolehkah saya bela kucing?” tanya Mira kepada emaknya.

Lalu adik menyampuk, “Wah, kucing. Saya mahu bela kucing!”

“Boleh!” jawab emaknya ringkas.

“Alhamdulillah.” Mirah bersyukur. 

“Yeah boleh bela kucing!”adik kembar menjerit dengan gembira.

Mirah menegur kedua-dua adiknya, “Kalau kita dapat apa yang kita mahu, kita mesti ucap alhamdulillah bukannya menjerit, faham?”

Adiknya menjawab serentak, “Faham kakak, alhamdulillah!”

Mirah bertanya kepada adik kembarnya, “Kamu mahu ikut kakak petang nanti?”

Adiknya menjawab, “Mahu pergi mana?”

Mira menjawab, “Pergi padang, ambil kucing.”

“Yeah!” jawab adik kembarnya.

*****

Apabila sudah petang mereka bertiga ke padang.

Wwah comelnya kucing ini,” kata adik kembarnya itu.

Beberapa minit kemudian, Sarah dan Faridah pun tiba di padang Mirah bertanya kepada mereka berdua, “Awak berdua dapat izin dari ibu bapa?”

Sarah menjawab, “Saya tidak boleh kerana ayah saya akan bersin jika terkena bulunya.”

“Ibu saya pula tidak izinkan. Awak pula bagaimana Mirah?”

Mirah menjawab, “Alhamdulillah ibu saya izinkan membelanya!”

Sarah berkata, “Saya rasa awak patut di gelar Super Mirah.”

Mirah berkata, “Mengapa pula?”

Sarah menjawab, “Sebab awak sudah selamat kan kucing dua kali ini. Mungkin pada masa yang lain, awak akan menyelamat kan lebih ramai orang.”

Mira terdiam lalu memanggil adiknya kerana mahu balik.

*****

Keesokan harinya di sekolah.

Semasa sedang rehat di bawah pondok, mereka sedang tunggu kehadiran Sarah tetapi tiada juga.

Faridah berkata, “Mana Sarah? Lagi lima minit waktu rehat habis. Tiga minit kita tunggu dia, tetapi tidak muncul-muncul. Betulkah awak sudah cakap rehat di sini?”

Mirah menjawab, “Ya, saya sudah cakap pada dia untuk rehat di sini. Biar saya cari dia.” Mirah berlalu pergi dari situ untuk mencari Sarah.

*****

Semasa sedang mencari Sarah, Mirah terdengar satu suara dari belakang bangunan Sekolah. Rupa-rupanya Fauzi, Rahman, dan Ikmal dan seorang budak perempuan.

Mirah terkejut kerana budak perempuan itu ialah Sarah. Dia mengabil telefon dari poketnya dan menelefon Faridah.

“Faridah tolong panggil pengawas datang ke belakang bangunan blok B”

“Baik saya akan datang dua minit lagi. Sabar ya!” Faridah menjawab, lalu pergi mencari pengawas

“Aku tahu kau yang ambil kucing itu. Cepat bagi balik!” kata Fauzi dengan tegas.

“Saya tidak ambil pun kucing itu. Kalau saya ambil pun jangan harap saya akan beri!” Kata-kata sarah itu membuatkan Fauzi marah dan bertambah marah.

Ikmal ingin menumbuk Sarah, malang sekali penumbuk itu ditahan oleh Mirah, dan Mirah membaling penumbuk Ikmal. Fauzi terkejut melihat Mira yang menahan tumbukan Ikmal itu.

“Saya yang bawa balik kucing itu ke rumah saya,“ kata Mirah dengan tenang.

“Kamu bertiga di sana, ikut saya ke bilik guru!” kata seorang pengawas.

Mereka bertiga pun dibawa ke bilik guru. Tiga budak perempuan itu lega kerana sudah selesai. Sejak itulah emak saya digelar Super Mirah.

“Begitulah kisah ibu saya!” kata Ashraf iaitu anak Mirah.

“Wah, hebat betul ibu awak!” kata Farid dengan kagum. Farid ialah kawan Ashraf.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: