Puan Anisa mempunyai dua orang anak kembar, Aimi dan Aiman. Bapa mereka meninggal dunia disebabkan sakit jantung.
“Aimi, Aiman. Mari bersarapan!” panggil Puan Anisa.
“Ibu masak apa?” tanya Aimi.
“Ibu masak nasi goreng sahaja. Maafkan ibu jika Aimi dan Aiman tidak suka,’’ kata Puan Anisa.
“Tidak mengapa, ibu,” kata Aimi dan Aiman sambil tersenyum.
Puan Anisa pun tersenyum.
“Nasi goreng ibu sedap sungguh,” puji Aimi dan Aiman.
*****
Aiman tiba-tiba sahaja jatuh sakit. Puan Anisa dengan segera memanggil ambulans. Beberapa minit kemudian, ambulans pun datang. Aiman dikejarkan ke hospital. Aimi tidak ke sekolah kerana terpaksa ke hospital.
“Ibu, Aiman ada di mana sekarang?” tanya Aiman yang baru sedarkan diri.
Puan Anisa hanya tersenyum. “Aiman ada di hospital.”
“Badan Aiman tiba-tiba sahaja panas,” kata Aimi pula.
Beberapa minit kemudian, doktor pun datang.
“Bagaimana dengan keadaan anak saya, doktor?”
“Anak puan okey sahaja. Dia hanya mengalami demam panas,” kata doktor tersebut.
‘Alhamdulillah,’ bisik hati Puan Anisa.
“Berapa kos perubatannya?” tanya Puan Anisa.
Doktor itu menjawab “RM900.” Lalu doktor itu keluar dari bilik itu.
Puan Anisa tergamam.
“Mahalnya ibu. Kita pula orang miskin,” kata Aimi.