“Rania, cepat bersiap, kita dah nak ke lapangan terbang ni,” kata ayahnya, Encik Saiful.
“Tunggu sekejap, papa,” kata Rania sambil menuruni tangga. “Papa, Rania dah siap,” kata Rania sambil menunjukkan bahawa dia sudah siap memakai baju.
“Bagus, kalau dah siap pergi ke kereta, mama dah tunggu,” kata Encik Saiful.
Rania pergi ke kereta, dia mendapati mamanya masih tiada di situ. “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam ke….” Kata-kata Rania terhenti apabila dipotong oleh mamanya.
“Rania, mengapa duduk di luar, duduk la di dalam,” kata mamanya yang sudah ada di dalam kereta.
“Sudah ada, tadi tidak ada,” kata Rania sambil menepuk dahinya
*****
Setelah menaiki kapal terbang berjam-jam, mereka sampai di tempat yang dituju iaitu Paris. “Paris, here I come!” laung Rania apabila turun dari kapal terbang. “Papa, jom beli makaron, Rania lapar,” kata Rania sambil menggosok perutnya yang lapar.
“Jom,” ajak papanya.
“Papa, kita menetap kat sini berapa hari?” tanya Rania sambil mulutnya dipenuhi makaron. “Dua hari, satu malam,” kata Encik Saiful sambil mengunyah burgernya.
“Sekejapnya,” kata Rania tidak puas hati.
“Kita beli tiket yang paling murah,” kata Encik Saiful bersahaja. Ibu Rania, Puan Haiza hanya melihat dua beranak itu.
*****
Setelah selesai berjalan-jalan, mereka semua ke hotel. Mereka semua solat berjemaah di hotel tersebut. Rania menyalami tangan papa dan mamanya. Mereka semua pun tidur kerana sudah lewat malam.
*****
Hari di Paris akan berakhir tidak lama lagi. Rania menghabiskan masa untuk membeli-belah. “Nak yang ni, nak yang tu, nak yang ni, nak yang tu, mmmmm susahnya nak pilih, beli dua-dua sekalilah,” kata Rania sambil mengambil dua beg tangan edisi terhad.
Selesai, membeli-belah, mereka perlu bersiap di hotel kerana hampir tiba waktu pulang. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 p.m. Encik Saiful dengan segera pergi ke Lapangan Terbang. Rania akan meninggalkan Paris tidak lama lagi.
“I Love You, Paris,” kata Rania lalu naik ke dalam teksi.