Certot

I Love My Mom

Hasil nukilan Nayna 6 years agoSuperhero

Nama saya Nur Husnina Hakimah Binti Mohd Supian. Kawan-kawanku memanggilku Nayna. Setiap hari jadualku amat padat. Orang yang telah menolongku menyusun jadual adalah ibuku.

“Umi, hari ini umi masak apa?” tanyaku kepada umiku.

“Umi masak nasi ayam hari ini,” jawab ibuku.

Selepas solat asar, saya pergi ke dapur untuk makan nasi ayam. Nasi ayam adalah makanan kegemaran saya. Saya makan nasi ayam dengan penuh berselera.

Selesai makan, saya membasuh pinggan. “Umi cepatlah, ada latihan ini!” jeritku kepada ibu yang berada di belakang rumah.

“Tunggu sekejap,” jawab ibuku.

Beginilah rutinku dari petang sampai malam. Saya suka bermain gimnastik sebab itulah jadual saya sangat padat. Saya ada pertandingan pada bulan 12 nanti.

Semasa berlatih, tiba-tiba saya terjatuh dan telah pergi ke hospital untuk x-ray sama ada patah ataupun tidak.

“Tangan adik tidak patah, cuma retak sedikit,” kata doktor itu.

Saya beritahu jurulatih bahawa saya terpaksa bercuti selama tiga minggu. Jurulatih saya membenarkan saya untuk cuti tiga minggu sehingga saya sihat sepenuhnya.

Tiga minggu sudah berlalu. Saya sudah boleh berlatih semula seperti dahulu. Saya berterima kasih kepada ibu saya yang menjaga saya sepanjang saya sakit.

‘I love my mom,’ kata saya dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: