Certot

Hi Paris

Hasil nukilan Farisha Irdina 7 years agoKembara 37

Hai, nama aku Husna. Umur aku 13 Tahun. Bersekolah di Smk Kompleks Klia. Impian aku adalah ingin pergi ke Menara Eiffel di Paris. Aku mempunyai empat orang sahabat yang berimpian sama dengan aku iaitu Farisha, Aida, Ain, dan Aina.

Semasa berjalan-jalan di halaman sekolah, aku ternampak satu poster yang ditampal di papan kenyataan. Sungguh tidak ku sangka. Poster itu tentang pertandingan selfie dengan Milo dan berpeluang je Paris.

“Wah, bestnya. Kena bagitau diorang ni,” jerit Husna. Kemudian dia pergi mencari teman-temannya.

Apabila rakan-rakannya mengetahui tentang pertandingan itu, mereka amat teruja untuk mengambil bahagian.

******

Keesokkan harinya….

Mereka berkumpul di rumah Husna.

Mereka sedang bersiap siap untuk mengambil gambar dengan milo untuk memasuki pertandingan tersebut. Berbagai jenis poss yang mereka lakukan.

*****

Sehari sebelum pemenang diumumkan.

“Korang rasa, kita boleh menang ke?” tanya Farisha.

“Entahlah, aku tengok semua orang yang masuk tu semuanya bagus-bagus,” balas Aida.

Aina berkata, “Kita doa jelah.. Kalau ada rezeki dapatlah.”

*****

-Hari keputusan peraduan Selfie bersama Milo.

Di dalam kelas 1 Universiti Oxford,

“Husna, tahniah,” kata Syazwana.

Semua pelajar yang berada di dalam kelas itu mengucapkan tahniah juga. Husna yang baru datang itu berasa pelik. Kemudian, Farisha dan kawan baiknya yang lain datang kearahnya dengan sekeping surat khabar. Terukir senyuman yang lebar di wajahnya.

“Alhamdullilah Husna. Kita menang peraduan selfie tu. So,Kita akan ke Paris!

“What, seriously? Alhamdullillah,” balas Husna.

Mereka bersiap sedia untuk ke Paris. 

*****

Sampai sahaja mereka di lapangan terbang (KLIA)

‘Bye Malaysia. Hi Paris,’ bisik hati Husna.

Mereka pun berlepas ke Paris.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: