Certot

Hari Penting Bagaikan Maut

Hasil nukilan Allis Alisha 4 years agoFiksyen 12

“Mama, stop it! Adik tak sukalah pakai baju yang mama pilihkan, biarlah adik pilih sendiri,” kata Puteri.

‘‘Mama cuma nak pilihkan baju untuk adik je.’‘

“Ini bukanya hari jadi mama pun, lainlah kalau hari jadi mama. l]Lagipun ini hari jadi papa. Dahlah mama, buang masa je ikut mama keluar. Adik nak balik.’‘

“Malam ni hari jadi papa, kenalah beli baju cantik cantik. Janganlah macam ni, adik.’‘ 

“Ish, adik tak sukalah. Jom mama kita balik,” kata Adik Puteri.

’‘Mama tak ada ajar perangai macam ni! Cepat, mama tak kira try baju mama bagi ni,’’ jerit Puan Nadia.

  Selesai mencuba pakaian, Puan Nadia dan Adik Puteri pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah, majlis hari jadi Encik Hasyim pun bermula. Ramai tetamu tiba di rumah dan menikmati makanan yang disediakan.

“Alamak, mama lupa beli hadiah. Kakak tolong layan tetamu dan jagakan adik sekejap. Mama pergi beli hadiah untuk papa sekejap.’‘

“baiklah mama,’’ kata Tasya kepada mama.

Puan Nadia menaiki kereta Vivanya dan terus menuju ke kedai

‘‘Mana mama ni. Masa orang cari dia, masa itulah takda. Benci betul,’’ rungut Puteri. 

Tiba tiba….

Kring! Kring! 

‘‘Angkat talefon tu!’’ jerit kakak. 

Puteri pun mengangkat talefon. ‘‘Helo….’‘ 

“Adakah ni rumah Puan Nadia?’ ‘jawab pemuda di talefon itu. 

‘‘Ya, saya anak dia.’‘ 

“Puan Nadia telah terlibat dalam kemalagan….’‘

“Apa!’’ jerit  Puteri sampai semua tetamu menoleh. Encik Hasyim terus bangun dan berjalan menuju ke arah Puteri. 

‘‘Kenapa ni, terjerit-jerit sampai dari luar dengar?’‘ 

“Mama… mama…,’’ jawab Puteri. 

‘‘Kenapa dengan mama? Bukankah tadi mama dah balik?’‘ 

“Mama terlibat dalam kemalangan. Sekarang mama ada di hospital,’’ kata Puteri sambil menangis. 

‘‘Apa? Macam mana boleh terlibat ni? Tadi mama pergi mana?’‘ 

“Ta… tadi mama kata dia lupa beli hadiah papa, jadi dia keluar pergi beli hadiah sebab masa pergi beli baju tadi, adik asyik nangis minta mama balik. Sebab tu mama keluar beli hadiah.’‘ 

*****

Setelah tiba di hospital, mereka masuk ke wad kecemasan dan melihat Puan Nadia terbaring. Puteri terus berlari menuju ke Puan Nadia dan memeluknya. 

‘‘Adik minta maaf. Kalau adik tak ajak mama pulang, benda ni tak akan jadi.’‘ 

“Tak apa, benda dah jadi. Mama tak kecil hati pun. Mama tahu kamu kecil lagi, tak tahu apa apa sangat.’‘ 

“Lagi sakali adik minta maaf ya mama.’‘

“Ya sayang, mama maafkan,’’ kata Puan Nadia sambil tersenyum.

Encik Hasyim dan Tasya tersenyum melihat Puteri.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: