Certot

Gaun Misteri

Hasil nukilan Naufal 5 B 7 years agoMisteri 9


“Wah cantiknya gaun ini!“Aku pula seakan terpegun dengan kecantikan gaun yang bewarna merah itu.

“Ina mahu beli ataupun tidak?” ibuku menyoal.

“Yes, i want this for my birthday.” Aku pula gembira apabila telah membeli gaun ini bagi menyambut hari jadi nanti.

“Amboi, bukan main lagi gembira!” Ibuku bergurau denganku sambil menepuk bahuku dengan lembut.

“Mestilah, inikan hadiah hari jadi nanti.”

“Yalah.”

******

Sewaktu aku balik, aku sedang menyimpan gaun tersebut ke dalam almari. Tiba-tiba sahaja gaun itu terjatuh. Kemudian aku menyimpannnya kembali ke dalam almari. Tiba-tiba sahaja aku mendengar bunyi ketukan pintu. Aku membuka pintu. Rupa-rupanya itu adalah kakak aku, Afiqah.

“Kakak dengar kamu dan ibu pergi beli gaun.” 

“Ya. Untuk pengetahuan kakak, gaun saya itu tidak boleh dipakai sekalipun. Adik ada, kakak ada?”

Boom!

“Tunggulah, adik. Nanti kakak akan megambil juga gaun adik itu. Kakak tidak akan mengalah.”

Apabila waktu malam malam menjelang, aku mendengar bunyi anjing menyalak. Bak kata orang, jika anjing menyalak, dia ternampak makhluk halus. Tiba-tiba pintu itu diketuk. Aku membukanya, tetapi aku tidak nampak sesiapa pun di situ. Tiba-tiba, aku melihat kelibat gaun aku di bawah

“Siapa kau”

“Aku adalah perempuan milik gaun merah ini!” perempuan itu menjerit.

“Itu milik aku bukan milik kau!”

Praak!

Tiba-tiba sahaja perempuan itu menolak aku ke pintu sehingga kepalaku terhantuk dibuatnya. Aku memang kecut perut dan berdoa kepada Allah s.w.t. Tiba-tiba sahaja perempuan itu membawa aku ke ruang tamu.Aku terkejut apabila lampu dibuka dan kelibat Sarah, Mia, Mama sedang membawa kek. Rupa-rupanya itu adalah kakak aku.

“Oduh, sakitlah kepala adik tadi! Terhantuk macam mahu pecah kepala pula!” aku mengadu.

“Sebenarnya mama yang rancang semua ini.”

Inilah pengalaman berharga buatku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: