Certot

Fira dan Ibu

Hasil nukilan Dhia 7 years agoFiksyen

“Ibu, belikan Fira beg baru. Beg Fira sudah koyak,” rayu Fira.

Siti Nur Hafira Binti Nusha seorang pelajar darjah tiga yang hidup serba miskin.

“Fira, ibu kerja pengasuh. Hujung bulan pun kadangkala gaji tidak dibayar. Gaji pun paling tinggi hanya RM 2500. Paling kerap ibu dapat gaji hanya RM 354,” terang ibunya yang serba tidak mampu.

“Ibu bohong! Fira selalu nampak ibu pegang wang sebanyak RM 2500! Mak Cik Iris yang bayar, bukan?” tanya Fira dengan nada tinggi.

“Ibu ingin kumpul wang-wang itu buat Fira untuk yuran sekolah hingga universiti nanti. Ibu boleh guna gaji ibu,” jelas ibunya.

Fira semakin marah terhadap ibunya. Dia masuk ke kamarnya lalu menghempas pintu kamarnya. Pintu kamar papannya retak.

*****

“Sudahlah beg koyak, berlagak pula. Aku tahu kau pandai, tetapi kalau ikut standard kekayaan, aku lebih terkenal,” kata Roha sambil diselang-selikan dengan gelak tawa. Lebih panas lagi apabila ia ditambah rencah dengan kata-kata kutukan kumpulan Roha, Afrina, dan Rona.

Siapa tidak kenal kumpulan The Pearl Girl. Kumpulan terkaya dan tercantik di sekolah Fira.

Fira malu. Dia berlari ke kelas dengan kadar segera. Selepas meletakkan begnya di kelas, Fira ke tandas lalu menangis sepuas-puasnya. 

*****

Fira pulang dengan api marak kemarahan pada ibunya. Ketika Fira tiba di rumah, suasana rumahnya sunyi. Tiada bunyi seperti ibunya melakukan sesuatu tugas.

Fira masuk. Dia terkejut kerana ibunya terlantar di atas lantai dengan lumuran darah di dapur. Fira memeluk ibunya lalu memekik. Ibu Fira dikejarkan di hospital dan dimasukkan ke ICU. 

Selepas beberapa jam menunggu ibunya, doktor keluar lalu mengesahkan bahawa ibunya meninggal dunia. Ibunya mnghidap penyakit kanser tahap empat!

Fira menangis dan sejak itu dia mengambil alih segala wang ibunya dan diuruskan dengan kemas.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: