Certot

Fairy palace 1

Hasil nukilan Syahkitty 7 years agoFantasi 19

  “Khaysara! Saya rasa kamu tidak menumpukan perhatian pada apa yang saya sedang ajarkan,” kata Cikgu Hani tegas. 

“Er… maafkan saya, cikgu.” Tundukku. 

“Baiklah, kelas. Salin soalan daripada buku teks. Siapa yang sudah siap, boleh terus hantar,” terang guruku panjang lebar . 

  Tiba-tiba pandangan mataku menjadi gelap dan kelam. Aku hanya mampu terjerit kecil . Sementara aku masih lagi mampu untuk mendengar suara cemas teman-temanku dan akhirnya sunyi sepi. Kini, aku hanya berada dalam kegelapan. 

  Mataku dibuka! Oh, akhirnya. Mataku terbuka jua. Tetapi, kawasan ini terlalu janggal pada pandangan mataku. Yalah, pemandanganku kini bukanlah di dalam bilik darjah tetapi di sebuah padang rumput yang  menghijau. Kelihatan juga perempuan berkepak! Oh, aku di mana?

  Air terjun juga berada di hadapan mataku. 

“Cik, di manakah saya?” tegurku pada seorang perempuan berkepak. 

“Oh, awak tidak mempunyai kepak? Kamu manusia, ya?” Soalanku dibalas juga dengan soalan. 

“Ya, saya memang manusia,” balasku selamba. Kini, aku terpinga-pinga kerana tubuhku disarung busana indah persis sang puteri! 

  “Kamu berada di Fairy Palace,” balasnya lantas berlalu dari situ. Kepalaku digaru-garu kerana otakku buntu. Aduh, apa aku mahu buat? Aku tidak mahu terperangkap di sini selamanya.

“Awak ini Khaysara, bukan?” Tiba - tiba diriku ditegur. 

“Ya,” balasku ringkas kerana otakku terlalu sibuk memikirkan nasib diri. 

“Mari ikut saya. Kamu ada misi di sini,” kata pari-pari itu. Kini, diriku berada di awangan. Awan turutku capai. Oh, aku terbang! 

  Kami berdua sudah pun berada di atas tanah bukan lagi di angkasa. Oh, masihku terbayang-bayang saat berada di angkasa. 

‘Maafkan saya kerana tidak memperkenalkan diri. Saya Puteri Hazmira Hazura, puteri pari-pari. Selamat datang ke Fairy Palace,” Ucap Puteri Hazmira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: