“Bye, mama! Saya mahu mandi kejap. Nanti saya telefon semula.” Aurora mematikan panggilan telefonnya.
Ding dong! Loceng Biliknya berbunyi.
“Kejap!” Aurora mencapai tudungnya dan segera membuka pintu. Tiba-tiba mulutnya ditekup oleh seseorang.
Aurora membuka matanya perlahan-lahan. “Aku di mana aku ini?” Aurora melihat sekeliling. Dia sedar dia berada di sebuah studio.
“Hai, awak sudah sedar.” Aurora terkejut melihat jejaka-jejaka kacak mengelilinginya.
“Oppa!” jerit Aurora teruja. Adakah ini semua mimpi?
“Selamat datang! Kami EXO. Kami minta maaf kalau tindakkan kami kasar,” kata ahli EXO serentak.
“Adakah ini mimpi?” kata Aurora tersenyum lebar.
“Tidak, ini bukan mimpi. Ini memang benar. Kamu peminat yang paling bertuah dari Malaysia,” kata D.O ahli kumpulan K-Pop EXO.
“Siapa antara kami yang kamu ingin meluangkan masa bersama?” tanya Baekhyun. Semua ahli EXO berebut-rebut hendak keluar bersama Aurora. Mata Aurora memandang seorang demi seorang.
“Sehun oppa!!” kata Aurora. Sehun tersengih. Alangkah indahnya senyumannya itu. Dia mengenyitkan mata sebelahnya. Aurora terlalu teruja. Adakah ini benar?
Sehun membawa Aurora berjalan jalan di bangunan di mana tempat artis-artis Korea berada. Sehun melihat jam tangannya.
“Kenapa awak asyik tengok jam dari tadi?” soal Aurora hairan.
“Maaf, Aurora. Saya perlu pergi. Saya ada latihan bersama EXO nanti. Saya janji nanti saya ambil awak. Awak rondalah dekat bangunan ini,” kata Sehun. Aurora mengangguk.
Setelah Sehun pergi dari situ Aurora melompat-lompat. Rasa macam tidak percaya.
Dia masuk ke dalam sebuah bilik. Aurora berasa sangat teruja meilhat jejaka kesayangannya iaitu Song Joong Ki!
“Joong Ki oppa!” panggil Aurora.
Joong Ki tersedar lalu meletakkan kertas skripnya kembali. “Hai, siapa awak?” soal Joong Ki.
“Saya Aurora dari Malaysia,” kata Aurora.
“Ouh! Peminat paling bertuah itu! Awak cantik hari ini,” puji Joong Ki.
Hati Aurora berbunga bunga riang. Rasa hendak terjun bangunan pula!
“Terima kasih, Joong Ki! Awak nampak berkarisma dan sangat kacak! Saya suka lakonan awak sebagai awak!” Aurora melakukan tabik hormat.
“Terima kasih.” Joong Ki hanya ketawa. Ketawanya sungguh menawan dan menambat hati Aurora.
Song Hye Kyo datang.
“Hai, unnie! Ini pertama kali saya tengok unnie dari dekat! Cantik!” Aurora berjabat tangan dengan Song Hye Kyo.
“Terima kasih. Kamu dari Malaysia, bukan?” kata Song Hye Kyo. “Ya! Boleh saya peluk unnie?” kata Aurora tersengih-sengih.
Song Hye Kyo mengangguk.
‘Ya Allah… adakah ini semua benar?’
Setelah satu jam menghabiskan masa dengan pasangan ‘Song Song Couple’, Aurora masuk ke dalam studio rakaman ahli kumpulan K-Pop iaitu Girl Generation. Kelihatan seorang gadis sedang menikmati snek. Aurora mendekati gadis tersebut.
“Hai, maaf menganggu. Kamu Im Yoona, bukan?” kata Aurora teruja.
Yoona juga idol kesukaannya.
“Ya saya Im Yoona. Kamu Aurora? Peminat dari Malaysia yang bertuah itu?” kata Yoona.
“Alahai, cantiknya dia. Boleh saya ambil gambar dengan unnie?” kata Aurora. Beribu-ribu gambar diambil Aurora.
*****
Sebelum pulang, dia tidak lupa membeli sagu hati. Beratus-ratus ringgit dia gunakan semata-mata untuk -Pop kesayangannya itu. Dia juga mendapat autograf dan hadiah daripada artis-artis Korea.
Seperti dijanjikan Sehun akan mengambilnya pulang.
“Puas hati awak?” soal Sehun. Aurora mengangguk. Tapi dia teringin hendak pergi ke sana lagi.
“Masa untuk pulang.” Sehun membuka pintu kereta.
Aurora dihantar ke sebuah hotel. “Selamat malam, chingu,” kata Sehun tersengih. Aurora segera berlari masuk ke dalam bilik. Semasa di menaiki tangga dia terjatuh.
“Aduhh, sakitnya!” jerit Aurora.
Alahai… Aurora Aurora Aurora.. mimpi rupa-rupanya? Aurora segera membuka telefonnya.
“Mana gambar Yoona? Sehun? EXO? Mana?” kata Aurora.
Tiba-tiba Puan Arisya ibu kepada Aurora datang. “Aurora! kenapa jerit-jerit? Kamu sudah solat subuh?” tegur Puan Arisya.
Aurora kecewa. Itu hanyalah khayalannya, bukan realiti.
“Belum. Aurora mahu pergi ambil wuduk kejap.” Aurora berjalan pergi kearah bilik air.