Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku yang terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandagan kampung itu terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku berkerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut bagi menangkap ikan dan pulang pada waktu petang dengan hasil tangkapan. Kadangkla tangkapannya banyak, manakala pada hari lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku terasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk, kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.