Certot

DIE-T

Hasil nukilan Musyirah Razali 7 years agoMisteri

Elizzabeth menimbang berat badannya. Mesin penimbang itu menunjukkan bahawa Eliza telah menurun berat badannya.

 “Hore! Aku sudah turun berat badan. Daripada 69kg ke 57kg. Seronoknya!” jerit Eliza tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. 

“Lepas ini, aku mahu ke gerai makananlah. Laparlah pula,” Eliza mengomel sendirian sambil memegang perutnya yang buncit itu.

Setibanya di gerai makan, Elizzabeth terus memesan dua keping roti telur dan segelas jus oren. Tiba-tiba, dia terdengar satu bisikan yang menyuruhnya turunkan berat badan, turunkan berat badan. Elizzabeth rasa tersinggung. 

Dia memakan makanannya dengan laju dan terus pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia terdengar bisikan yang sama yang didengari olehnya di gerai makanan tadi. Dia semakin keliru.

Keesokannya, dia pergi ke gerai makanan yang sama dan memesan satu keping roti telur dan segelas air kosong. Dia terdengar bisikan itu sekali lagi secara tiba-tiba. Dia berlari keluar dari gerai itu sambil menutup telinga. Makin lama, dia semakin gila kerana asyik terdengar bisikan itu.

Pada suatu hari, dia pergi ke gerai makanan itu semula untuk memastikan jika benar ada bisikan yang menyuruhnya menurunkan berat badan. Rupa-rupanya, bisikan itu hanyalah sejenis lagu. Elizzabeth tergelak kerana malu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: