Certot

Dialah Superheroku

Hasil nukilan NOR SHAZLEEN 6 years agoSuperhero

“Ibu, sakit! Sakit sangat ini,” jerit Nina dengan suara yang kuat. Menahan kesakitan yang sedang dialaminya.

“Nina, apa yang sakit? Mari ibu bawa kamu ke Hospital,” ujar Puan Aishah sambil mengangkat anaknya masuk ke dalam kereta.

Kereta yang dipandu Puan Aishah terlalu laju. Nasib baik tidak terbabas. Keadaan di dalam kereta riuh rendah dengan suara Nina menjerit kesakitan.

Tiba di Hospital, Nina terus pengsan. Jururawat di sana segera membawa Nina ke bilik pemeriksaan untuk diperiksa. Puan Aishah risau dengan keadaan Nina sekarang. Dia bermundar- mandir, ke sana ke sini menunggu apa yang berlaku.

*****

Tiga jam berlalu, doktor yang bertugas itu memberitahu apa penyakit yang Nina alami sekarang.

“Maaf Puan Aishah, atas pemeriksaan saya, Nina sedang mengalami masalah jantung. Dia perlu dibedah dengan segera. Jikalau tidak, dia tidak dapat hidup lebih lama,” terang Doktor Ismail.

“Apa? Anak saya perlu dibedah dengan segera? Mana saya mahu mencari penderma dengan cepat? Kalau saya menjadi pendermanya boleh, doktor?, Puan Aishah sanggup mendermakan jantungnya buat anak tersayangnya.

“Mari puan, kita ke bilik pemeriksaan untuk memeriksa jantung puan sama ada jantung itu sesuai dengannya.” Doktor Ismail membawa Puan Aishah ke bilik pemeriksaan.

*****

Sebulan lebih….

“Mengapa muka ibu pucat sangat? Ibu sakit?” tanya Nina kerana pelik melihat keadaan ibunya, Puan Aishah.

“Ibu sihat. Cuma ibu penat sedikit,” terang Puan Aishah ringkas kerana penat untuk bercakap.

‘Maafkan ibu ya, Nina. Ibu terpaksa berbohong pada kamu. Ibu tidak mahu kamu risau,’ bisik Puan Aishah dalam hati kerana tidak mahu Nina mengetahui tentang penyakitnya itu.

*****

“Abang sedih melihat kamu begini. Abang tidak mahu kamu menanggung sakit seorang diri. Abang juga tidak mahu, Nina sedih apabila tahu yang kamu sakit,” ujar Encik Hakim yang sedih melihat keadaan isterinya.

“Saya tidak mahu Nina tahu tentang penyakit saya. Saya tidak mahu dia sedih. Saya mahu dia sihat sahaja. Sebelum saya pergi, saya mahu abang jaga Nina dengan baik-baik, ya,” Puan Aishah memberi pesanan terakhirnya kepada Suaminya.

“Jangan berkata begitu, abang tetap akan jaga Nina dengan sebaiknya. Itu janji abang.” Encik Hakim memegang tangan isterinya dengan erat sekali.

“Esok saya mahu ke rumah kakak di Pahang. Saya akan duduk di sana selama satu bulan. Abang izinkan saya pergi, ya,” Puan Aishah meminta izin.

“Baik, abang izinkan,”

******

“Ayah, sudah lama ibu tidak balik! Ibu ke mana? Ibu sudah tidak sayangkan Nina?” ujar Nina kehairanan dengan ketiadaan ibunya.

“Ibu ke Pahang, rumah kakaknya. Nanti dia baliklah.”

Tiba-tiba telefon berbunyi.

Kring! Kring!

“Helo, ini rumah Encik Hakim?” tanya seseorang.

“Maaf, saya anaknya yang bercakap. Ayah tengah solat sekarang. Ada apa yang saya boleh sampaikan?” Nina ingin tahu.

“Begini, saya ada satu berita sedih mengenai Puan Aishah. Dia sudah meninggal dunia. Harap kamu dan ayah kamu dapat datang untuk menuntut mayatnya,” terang doktor di sana.

*****

Dalam perjalanan….

“Ibu, mengapa tinggalkan Nina? Ibu tidak sayangkan Nina?” Nina menangis mengingatkan ibunya.

“Maaf Nina, Ssebenarnya ibu kamu sudah lama menahan kesakitan itu. Dia kuatkan dirinya untuk menggembirakan hati kamu. Maafkan ayah dengan ibu kerana menyembunyikan hal ini daripada kamu.”

“Apa? Selama ini ibu sudah sakit? Tergamak ayah dengan ibu sembunyikan hal itu daripada Nina.”

“Ibu sakit, kerana dia mendermakan jantungnya untuk kamu. Dia tidak mahu kamu sakit. Dia mahu menggantikan tempat kamu. Dia mahu kamu berjaya dalam kehidupan,” terang Encik Hakim kepada Nina tentang hal sebenarnya.

*****

Tiba dihospital….

“Ibu, maafkan Nina,. Disebabkan Nina, ibu harus tanggung semua kesakitan Nina selama ini. Nina berjanji akan berjaya dalam kehidupan. Ibu tetap dalam hati Nina. Ibulah superhero hati Nina!” jerit Nina sekuat hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: