Nama aku Fiqah. Aku berumur 11 tahun dan aku mempunyai daddy superhero dengan kuasa yang luar biasa.
Pada suatu hari, daddy pergi meronda di sekitar bandar Springxill. Tiba-tiba daddy nampak seorang wanita dalam bahaya kerana wanita itu hampir melanggar sebuah kereta Myvi.
“Puan, awak tiada kecederaan di mana-mana?”
“Tidak. Terima kasih.”
Tiba-tiba wanita itu nak sangat mengawini daddy dengan sepenuh 100 peratus. Aku paling tak suka dengan dia. Disebabkan dia keluarga aku hancur berkecai-kecai dan habis musnah seluruh dibuatnya. Alasannya hendak mengawini daddy adalah dia kehilangan suaminya.
Ibu betul-betul sedih. Kerana sekarang adalah dua isteri lagipun… aku nak ikut daddy kerana dia boleh melindungi aku daripada ancaman bahaya daripada diancam sesuatu.
Pada suatu hari, aku bersama ibu tiri di rumah. Aku paling benci dia sebab dia lagi kejam daripada ibu tiri Cinderella. Kekejamannya yang sungguh tidak memberi kemanusian.
“Anak dara bertuah betul kau! Pergilah buat kerja. Ini sibuk sangat macam kat pejabat! Dalam rumah ini kau kena dengar cakap aku!”
Aku hanya buat tak nampak dan terus lari daripada mendengar bebelan ibu tiri Cinderella yang didengar hanyalah sia-sia sahaja. Aku sebenarnya nak sangat beritahu daddy tentang perkara ini.
“Daddy, tadi ibu tiri itu marah saya dan kata kena buat kerja di dalam rumah ini. Macamlah sangat ini rumah dia! Dahlah tidak sedar diri hanya penumpang lagilah tak cerminkan dirinya sendiri.”
Tiba-tiba ibu tiri itu disangkakan bukannya yang manusia padahal dia adalah MeanIceGirl ketika pada zaman era 80-an.
“Hahaha… anak-beranak pun sama sahaja. Korang berdua ini lurus bendul betul.”
“Siapa kau?”
“Aku kau kata siapa? Baik kau ingat dalam otak betul-betul.”
*****
Pada zaman 80-an
SuperSurbDaddy kau adalah hero paling kuat di antara hero-hero di bandar Springxill. Kalau engkau nak tahu aku adalah Sharlet, iaitu gadis dari kelab peminat kau. Engkau ingat tak masa itu. Kau halau aku macam sampah dan selalu nak menolong kau. Kau kata awak perempuan lembik. Itulahperkataan menyampah dan aku merancang hendak membalas dendam.”
Selepas itu, isterinya datang iaitu FireGir. “Aku datang nak bakar kau ice tak guna!”
Selepas itu,mereka sekeluarga hidup aman damai tanpa sebarang gangguan.