Certot

Coklat Magik

Hasil nukilan Mutiara 7 years agoFiksyen

Tring!

Selamat datang ke coklat magik 

Aku mempunyai kedai coklat. Coklatku itu boleh menghajatkan apa yang korang mahu. Tetapi bayarannya sangat mahal, iaitu aku akan mengambil benda berharga dalam hidup korang.

Pada suatu hari, seorang perempuan cantik yang pandai bermain piano bernama Akira. Dia seorang perempuan yang paling cantik apabila bermain piano. Tetapi pada hari itu dia main piano dengan teruk sekali. Jadi jurulatihnya berhenti. Tiada siapa ingin mengajarnya. 

Semasa dia sedang berjalan, dia ternampak kedaiku iaitu coklat magik dia pun masuk ke dalam.

Tring!

“Selamat datang ke coklat magik! Ada apa saya boleh bantu?”

Perempuan itu duduk lalu berkata, “Saya tidak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini.”

Perempuan itu menceritakan sampai habis.

“Okey, saya sudah faham. Jadi makanlah coklat ini. Esok hasrat awak akan tercapai, tetapi sebelum itu, saya akan ambil barang paling berharga dalam hidup awak.” Tanpa berfikir panjang perempuan itu makan coklat itu.

*****

Keesokannya….

Akira diberitahu kawan baiknya yang dia menerima jurulatih baru. Akira sangat gembira. Akhirnya Akira pandai bermain piano. Kawannya itu dengki padanya. Jadi kawannya datang ke coklat magikku. Kawannya ingin menghilangkan memori jurulatihnya itu. 

“Okey, saya faham. jJdi makanlah coklat penghilang ingatan, tetapi saya akan ambil barang paling berharga dalam hidup awak.” Tanpa ragu-ragu dia memakan coklat itu. 

Keesokannya ialah pertandingan piano, tetapi jurulatihnya tidak datang. Kawan Akira sangat gembira. Jadi Akira berlari ke coklat magik. Dia menceritakkan segalanya. 

“Makanlah coklat ini.” 

Akira berlari ke tempat pertandingan. Jurulatihnya ada di sini. Dia sangat gembira. Jadi dia pergi ke pentas dan bermain piano. Dia mendapat nombor satu. Kawannya sangat marah, lalu datang ke kedaiku dan memarahiku.

“Awak manusia kejam! Sanggup menghilangkan ingatan orang baik. Saya sudah terima bayaran, iaitu ingatan awak yang paling bahagia.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: