Certot

Candy Crush Mira

Hasil nukilan Amani 3 years agoFiksyen 7

Mira amat menyukai permainan atas talian yang dimuat turun ke dalam telefon pintarnya yang berjenama Samsung. Permainan atas talian yang amat digemari Mira ialah Candy Crush Saga. Selepas pulang dari sekolah, Mira bermain permainan tersebut sehingga petang. Hal ini menyebabkan prestasinya merosot. Ibu bapanya, Puan Rahimah dan Encik Zulnizam mengambil tindakan keras iaitu tidak membenarkannya bermain permainan tersebut dan merampas telefon pintarnya.

Mira amat sedih atas kehilangan peluang untuk bermain permainan tersebut. Dia selalu memikirkan tentang permainan itu. 

“Mira! Mira binti Zulnizam!” jerit Puan Zaiton, Guru Kelas Mira. 

Mira pun tersedar daripada lamunan dan berasa amat malu sekali di hadapan semua murid Sekolah Kebangsaan Sungai Sedar. Puan Zaiton telah memberitahu hal ini kepada ibu bapanya. Puan Rahimah amat kecewa dengan sifat anak bongsunya kerana sifat kakak Mira lebih baik berbanding Mira.

*****

Pada suatu malam, Mira sedang memikirkan mengenai permainan itu lagi. Setelah beberapa minit memikirkan permainan itu, Mira pun tertidur. Dalam mimpinya, Mira seolah-olah watak utama permainan tersebut. Mira dimainkan oleh seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Ketika kanak-kanak itu sedang bermain, ibu kanak-kanak tersebut memarahinya kerana bermain terlalu lama. Kata-kata ibu kanak-kanak tersebut telah menyedarkan Mira.

Keesokan harinya, Mira amat bersemangat untuk ke sekolah. Ibunya menyedari perubahan itu dan bersyukur ke atas Ilahi. Akhirnya Mira berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Telefon pintarnya dikembalikan dan Mira menggunakannya dengan cermat dan baik sekali.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: