Certot

Cahaya pokok

Hasil nukilan Iramira 7 years agoMisteri

“Tidak cantiklah!” Kertas putih dironyok dan dilempar masuk ke dalam tong sampah kecil. Banyak kertas sudah dibuang oleh gadis bernama Qalisyah itu. Qalisyah ialah pemenang pertandingan melukis setiap tahun dan setiusaha kelab seni.

‘Haihh… bagaimana mahu jawab apabila kak Lili tanya nanti? Lukisan satu pun tidak tahumahu lukis apa,’ rungut Qalisyah dalam hati. Fikirannya pening memikirkan lukisan yang hendak dilukisnya kepada Kak Lili, pengerusi kelab seni.

Qalisyah terlihat hutan lama yang dikatakan misteri di luar jendela. Terlintas di fikiran gadis itu untuk melukis hutan tersebut. Dengan cepat tangannya menyediakan alatan mewarna dan kertas. Tanpa berfikir, Qalisyah melukis hutan misteri itu tanpa mengetahui kisah sebenar hutan itu.

    *****    

Tiga hari kemudian….

” ...dan itulah lukisan saya untuk minggu ini,” ucap Qalisyah dengan senang hati. 

Hanya segelintir murid yang bertepuk tangan untuknya. Namun, Mila iaitu ahli kelab seni mengangkat tangan untuk bercakap. 

“Qalisyah, bukankah itu hutan yang berada di sebelah sekolah kita?” tanya Mila. 

“Ya, mengapa? ” jawab Qalisyah, ringkas.

Semua murid di kelas itu mula berbisik sesama sendiri. 

“Qalisyah, awak tidak pernah dengar tentang kisah hutan itu?” tanya Mila lagi. 

“Kisah? Kisah apa?” Qalisyah kini ragu. Apa kisah di sebalik hutan yang dilukisnya?

*****

Qalisyah duduk berseorangan di kantin. Loceng berbunyi tepat semasa Mila ingin menyatakan kisah hutan itu. Semua murid juga enggan memberitahunya. Kini, dia teringin mahu tahu kisah hutan misteri itu. Apaila Qalisyah ingin keluar dari kantin, keadaan menjadi gelap dan sunyi. Qalisyah terkejut dan hairan dengan kejadian itu.

Keadaan sekeliling sama seperti keadaan di hutan yang dilukisnya. Bunyi angin meremangkan bulu romanya. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Dia menjerit meminta tolong beberapa kali. Namun, mulutnya terhenti apabila anjing melolong dengan kuat.

Hatinya semakin takut. Dia melarikan diri entah ke mana di tempat gelap itu. Hatinya menyesal melukis tempat itu. Kini, dia tiada tujuan hendak ke mana. Kakinya berhenti berlari lagi apabila kakinya ditahan. Matanya terlalu takut untuk melihat benda yang menahannya. Apa yang terlihat hanya pokok yang lama.

Pokok itu kelihatan terbiar dan tidak terjaga. Berbeza dari yang lain. Qalisyah masih menarik kakinya yang tertahan. Tiba tiba matanya terlihat cahaya di pokok itu. Qalisyah seolah-olah faham apa yang dikatakan. Hilang sahaja cahaya itu, hilang juga pokok misteri di depannya tadi. 

Kini, tiada lagi yang menahan kakinya. Dia kini berlari semula hingga terlihat cahaya yang besar. Qalisyah menuju ke cahaya itu dan terjatuh di akhir jalan. Apabila dia membuka mata, dia telah berada di bilik lukisannya.

Sama ada dia bermimpi atau tidak, Qalisyah tidak tahu. Dia lega dia selamat. Dia berdiri semula bagi membetulkan dirinya. Kemudian, dia menoleh ke arah pintu. Matanya terus tertancap pada lukisan hutannya. Kini, lukisan itu bukan lagi hutan. Tapi, ia telah berubah ke pokok yang mempunyai cahaya tadi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: