Certot

Bilik Asrama 0191

Hasil nukilan Naufal 5 B 7 years agoMisteri 82

“Arif, kau tahukah kejadian antara bilik yang dinamakan 0191 itu?”

“Kalau kau betul-betul nak tahu sangat, pada zaman dahulu dekat kelas bilik asrama 0191 itu sebenarnya, dahulu sekolah kita adalah hospital dan juga bilik 0191 merupakan bilik mayat. Sampai hari itu, budak tingkatan satu nampak mayat terbaring kat situ.”

“Tahyul cerita rekaan budak-budak itu. Maharaja lawak mega betul budak-budak ini. Loya buruk betul kalau ada mayat, dah lama aku post masuk Instagram. Biar semua orang tengok mayat rekaan kawan-kawan. Buang masa aku cakap dengan kau Engku.”

“Arif, teman aku pergi tandas. Aku rasa nak buang air sangat-sangat ini. Sakit perut.”

“Engkau ini ada-ada saja. Cepatlah sikit, ngantuk ini. Apa kata aku bawa handphone. Manalah tahu budak-budak itu jumpa mayat lagi. Boleh aku post masuk Instagram. Jangan lupa bawa lampu suluh.”

“Cepatlah Engku. Aku tidak sabar sangat nak jumpa mayat itu. Kata ada mayat rekaan kat bilik 0191 sangat! Mayat untuk post masuk Instagram.”

“Eh, Arif kenapa engkau nak masuk kat bilik berhantu 0191 ini. Nampaknya, Engku menggigil ketakutan masuk ke bilik 0191.”

“Ada mayat buat pembicaraan kat bilik ini 0191. Lari! Arif, kau dah gila saiko tangkap gambar. Baik kau lari dari setan-setan kat sana. Lupakan tangkap gambar semua itu. Cepat! Arif kau dah kenapa? Alamak dia dah kena rasuk.”

“Uztaz Kazim tolong! Saya tadi Arif keras kepala masuk ke bilik 0191. Tiba-tiba sahaja dia dirasuk. Tolonglah, ustaz. Dia dalam keadaan bahaya sekarang. Dia hendak membunuh dirinya di koridor.

Tidak sempat untuk ustaz membaca ayat. Kelihatan terbaring mayat Arif di sana.

Tentang kejadian itu terus asrama itu dirobohkan dan menjadi bilik asrama misteri 0191. Moral dalam cerita ini adalah janganlah kita bercakap besar.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: