Certot

Selamat Tinggal, Ayah

Hasil nukilan Naufal 5 B 7 years agoSuperhero 4


Dari kecil sehingga aku besar. Ayah yang membesarkan aku. Ibuku telah meninggal dunia ketika umurku dua bulan akibat kemalangan di jalan raya. Kini aku sudah pun berumur 16 tahun. Cepat sahaja masa berlalu.

Namaku Nana Binti Sarifuddin. Tahun ini, aku akan masuk ke asrama penuh dan aku juga akan meninggalkan ayah di rumah. Memang susah buat ayah, kerana aku sahaja anak kepada ayah. Ayah juga pasti sedih. Maklumlah, siapa tidak sedih jika anaknya meninggalkannya.

Keputusan SPM diumumkan hari ini. Aku lantas berlari dan mengambil nombor. Aku juga berdoa dan jantungku pula berdebar kerana bimbang mahu menerima keputsan itu nanti. Apabila aku melihat sahaja nombor daripada kertas itu, mataku terbeliak melihat. Alangkah terkejutnya aku lulus kesemua mata pelajaran. 

“Ayah, cuba ayah lihat apa keputusan yang Nana dapat untuk SPM.” Aku juga tersenyum gembira.

“Alhamdulilah, Nana lulus kesemua mata pelajaran SPM!” Ayah mengusap kepalaku.

Aku tidak mahu menyusahkan ayah kerana ayah tidak banyak mempunyai wang kerana kami bukan orang senang. Ayah hanya bekerja sebagai pengembala lembu dan kambing. Tetapi,n asib malang apabila kambing dan lembu selalu sahaja dicuri pada waktu malam.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu datang dari arah pintu ruang tamu. Aku juga terus pergi ke arah pintu. Lalu aku membuka pintu itu. Kelihatan seorang posmen berdiri di hadapan rumah.

“Oh, bukankah ini surat tawaran ke universiti?” Aku bersorak riang.

Sebenarnya, aku diterima untuk masuk ke universiti. Perasaan aku untuk masuk ke asrama memang begitu gembira. Tapi, apabila difikirkan, takkanlah aku mahu meninggalkan ayah sahaja keseorangan di rumah. Pada malam itu,a ku masih befikir sama ada ke universiti ataupun tidak.

“Ayah,s ebenarnya Nana dapat surat penerimaan untuk masuk universiti,” aku menjelaskan kepada ayahku.

“Baguslah begitu.”

“Ayah, tidak kesunyian?”

“Tidak.”

“Kalau Nana mahu pergi ke universiti, pergi sahaja.” Ayahku menepuk bahuku dengan perlahan.

Pada malam itu juga aku membuat keputusan yang aku akan pergi ke universiti.A ku perlu bersiap-siap mengemas semua barang itu juga . 

******

Esoknya, ayahku menghantar aku ke stesen bas. Di situ kali terakhir untuk aku melihat muka ayah. Selepas beberapa jam, bas sudah sampai.

“Ayah, Nana pergi dahulu.J ika ada apa-apa masalah, telefon sahaja Nana.” Nana menyalam tangan ayahnya.

“Jaga diri, Nana. Ingat, pesan ayah kita ke univesiti untuk mencari ilmu.”

“Ya, ayah.”

Aku duduk di tepi tingkap. Aku melihat sahaja kelibat ayah. Air mata pula membasihi di pipi. 

******

Nana bersama Hanis, Nadia sedang mencari tempat duduk. Akhirnya, dia duduk di pondok yang berdekatan dengan English Garden. Tiba-tiba seroang lelaki mengarahkan Nana untuk ke pejabat. Apabila tiba di pejabat, Uztazah Fadzilah menerangkan bahawa ayahku mengalami penyakit kronik.

“Betulkah?”

“Ya, memang betul.”

Cikgu menghantar aku ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Apabila di sana aku melihat beberapa orang jururawat yang sedang berada di hadapan kaunter. Lalu aku bertanya dengan jururawat itu.

“Maaf, ada tidak pesakit namanya Wahab Abdul Hassan?” aku bertanya kepada jururawat itu.

“Dia ada di bilik yang bernombor 201 di bilik ICU,” jururawat menerangkan nombor bilik ayahku.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

“Pak Mail, bagaimana dengan keadaan ayah sekarang ini? Adakah dia sudah sedar?” Aku cemas.

“Nyawa ayah kamu tinggal lagi 50, 50. Sekarang kita hanya berdoa kepada Allah.”

Tiba-tiba seorang doktor itu keluar daripada ICU. Dia juga memberitahu kepada aku yang ayah sudah pun meninggal dunia. Aku terjatuh dan menangis teresak-esak. Aku tidak sangka selama ini ayah mempunyai penyakit kronik. Tetapi, dia tidak mahu memberitahu aku. Dia tidak mahu menyusahkan aku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: