Certot

Arina And K-Pop

Hasil nukilan Shihany 7 years agoFiksyen

“Anugerah penyanyi K-Pop yang terbaik jatuh kepada Arina Farisya binti Alif Azman daripada Malaysia!” Gemuruh stadium Exo-L dengan jeritan semua pengunjung Anugerah K-Pop.

“Arina!Arina! Bangun, Cikgu Siti sudah masuk.” 

Arina yang bermimpi itu terus terbangun daripada tidurnya yang lena itu. Ya, Arina Farisya, peminat Exo paling setia. Album? Poster? Tandatangan? Buku nota? Semuanya ada, lebih-lebih lagi poster D.O Kyungsoo! Arina juga seorang pengawas sekolah yang berdislipin, tegas, dan penyayang.

“Syaza, temankan kakak kamu itu cuci muka di tandas.” Terkejut pelajar berkulit gebu yang hampir iras dengan pelakon terkenal Korea Song Ji Hyo. 

“Baiklah, Cikgu Siti,” balas Syaza atau nama penuhnya Syaza Farisya

KRING! KRING!

“Nurin, Qistina, Amanda, dan Chacha, hari ini kita lepak di Cafe EXO, ya?” tanya Arina sambil membuat muka comel yang tidak boleh ditolak. 

“Biasanya kita lepak kat Cafe Cookie, mesti ada udang di sebalik batu ini?” tanya Nurin yang mengerutkan dahinya.

“Betulkah awak hendak ikut Arina, nampaknya seperti ‘pedas’ sahaja pertandingan ini?” tanya Chacha dengan keadaan risau. 

“Ini Arina Farisya okey, semua boleh buat punya.” Akhirnya suara gedik Arina keluar dari mulutnya yang muncung itu. 

“Tempat pertama akan membawa RM 1000 tunai dan percutian ke Korea selama empat hari tiga malam.”

“Tempat Pertama jatuh kepada kumpulan dari Sekolah Menengah Sri Ria!” umum pengacara majlis. 

Syukur, kumpulan Arina memenangi Pertandingan Mi Ramen tersebut. Arina dan kawan-kawanya bersyukur atas Ilahi kerana telah memakbulkan doa mereka.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: